Monday, November 3, 2008

Tiada Halangan Hanyalah Peluang





Hari ini saya bersama En. Zabri melawat sebuah rumah burung walit di Paka, Dungun, Terengganu. Kedudukan rumah burung ini agak terpencil. Jauh dari rumah kediaman. Terletak tidak jauh dari sungai Paka dan berada dikawasan kebun. Menurut pemiliknya pembinaan dibuat melalui pembiayaan Bank Islam atas nama pinjaman perumahan. Pembiayaan tidak dapat sepenuhnya kerana tidak dapat CF (sijil layak menduduki) kerana bangunan tiada tingkap untuk keperluan manusia.

Keluasan tanah 1 ekar dengan syarat pertanian. Seperti yang pernah saya jelaskan sebelum ini diatas satu lot tanah pertanian boleh didirikan sebuah rumah kediaman. Pihak bank meluluskan pembiayaan kerana permohonan dikemukakan bersama plan rumah kediaman. Setelah siap pembiayaan diluluskan 80 % sahaja kerana tiada CF. Pemiliknya menjadikan rumah tersebut sebagai rumah kediaman untuk burung walit. Syabash kepada pemilik yang cukup kreatif ini. Sepertimana kata bekas menteri besar Terengganu yang lalu tiada halangan hanya peluang. Walaupun beliau sendiri tiada peluang hanya halangan untuk menjadi menteri besar Terengganu semula. Namun begitu jasanya cukup besar dalam mengubah mindset rakyat Terengganu menjadi kreatif dan inovatif.

Apa tidaknya pemilik bangunan tadi ternyata menggunakan kreativitinya untuk memiliki sebuah rumah burung yang agak besar setanding dengan bangsa lain. Beliau adalah contoh orang melayu yang berwawasan tinggi. Beliau memberitahu tidak pernah mengikuti kursus atau seminar yang berkaitan dengan walit. Pengetahuan yang beliau perolehi hanya melalui perbualan dengan rakan-rakan yang tahu sedikit sebanyak tentang burung walit. Saya rasa bab yang paling kreatif yang ada pada pemilik rumah burung ini ialah cara beliau memperolehi suara memikat burung walit. Menurut cerita beliau, beliau dibawa oleh seorang rakannya untuk meninjau sebuah rumah burung yang cukup meriah dengan kehadiran burung walit di Kelulut Marang, Terengganu. Kagum dengan kehadiran burung disitu beliau membuat rakaman secara haram diluar rumah burung tersebut tanpa mengetahui siapa pemilik rumah burung tersebut. Mungkin tindakan beliau lebih bermaruah daripada penceroboh masuk ke rumah burung En Zabri dan En Ghani yang pernah saya ceritakan dahulu. Semata-mata untuk mencuri suara. Maklumlah rakyat Terengganu yang hebat dengan selogan tiada halangan hanya peluang mendorong pemilik tersebut bertindak sedemikian rupa. Buatlah apa sahaja asalkan matlamat tercapat. Konsep tersebut dikenali sebagai matlamat menghalalkan cara. Mungkin tidak berapa lama lagi beliau akan bergelar jutawan. Tahniah sekali lagi untuk kreativiti anda.

Bila saya menceritakan kepada beliau terdapat sebuah rumah burung diatas Bukit Kelulut, Marang berukuran 40’ X 80’ dengan ketinggian empat (4) tingkat. Dibina dengan menggunakan bata merah dan pernah ditawarkan untuk dibeli denagan harga RM750K bersama keluasan tanah 2 ekar adalah milik En, Zabri MZN Niaga bersama rakannya. Pemilik rumah burung tadi kelihatan terkejut beruk. Kerana itulah rumah burung yang dicuri rakam suara tadi dan digunakan dirumah burungnya sekarang. Walaubagaimana pun En Zabri memaafkan beliau.

Kehadiran saya bersama En Zabri di rumah burung tersebut jam 5.30 petang 27 oktober 2008. Saya agak kagum melihat burung berputar-putar mengeliligi rumah burung tersebut. Kami terus memerhati sehingga jam 7.00 malam. Namun begitu saya tidak nampak seekor pun burung walit masuk kedalamnya. Jka ada pun seekor dua namun tidak sampai 1 minit burung akan keluar balik. Menurut pemiliknya beginilah keadaan yang belaku sejak bulan Mei yng lalu bila beliau start memikat walit disitu.

Kami dipelawa masuk kedalam rumah burung tersebut ternyata rekabentuknya bukan untuk kediaman burung tetapi lebih sesuai untuk kediaman manusia. Mungkin pemiliknya merancang jika projek burung walit gagal beliau boleh ubah sesuai semula rumah tersebut untuk kediaman keluarganya. Tahniah sekali lagi untuk kreativiti ini. Nampaknya awal-awal lagi pemiliknya merangcang untuk sebuah kegagalan. Namun harapan besarnya untuk berjaya. Burung oh burung…. Malangnya nasib ku ini.

Rumah burung 4 tahun kosong berjaya dipulihkan oleh MZN NIAGA..........AL-HAMDULILAH...


Genap 3 bulan rumah burung walit yang dikelolakan oleh MZN Niaga, Kuala Terengganu telah menghasil keputusan yang amat cemerlang. En. Mohd pemilik rumah burung yang terletak ditepi sungai Jerteh itu boleh tersenyum girang setelah menunggu lebih daripada 4 tahun kosong. Hari ini beliau menerima berita gembira dari En Jeff bahawa rumah burung tersebut telah dihuni oleh walit. Tedapat sejumlah 14 nests base atau penanda untuk bersarang telah kelihatan dalam RBW En. Mohd yang dulunya kosong selama lebih 4 tahun.
Sesungguhnya kepakaran yang ditunjukan oleh Jeff ketika mengubah suara yang sesuai mengikut lokasi burung walit terbukti sepertimana beliau nyatakan semasa beliau menjadi pembicara tamu seminar strategi jitu memikat walit di Pontianak Julai lalu. Ternyata suara yang digubah Jeff sangat berkesan. En Jeff menggunakan suara artificial di rumah burung En. Mohd yang dikelolakan olehnya. Dalam tempuh 3 bulan tersebut pihak MZN belum lagi menggunakan sebarang aroma. Ini adalah untuk melihat sejauh mana kesan suara artificial yang digunakan. Suara memanggil luar dan juga suara dalaman digubah mengikut kesesuaian tempat. Kaedah pemasangan tweeter juga memberi kesan kepada kemasukan walit dalam RBW. Sistem pemasangan yang digunakan sebelum ini kaku yang mana burung berada dalam situasi rehat dalam satu alunan sahaja. Keadaan ini menjadikan burung tidak galak. Keadaan hari ini berbeza sama sekali, Bekas tidur dengan tompokan najis berada banyak tempat dalam rumah burung tersebut.
Pengubahsuaian rekabentuk dalam yang dilaksanakan oleh En Zabri yang berpengalaman dalam bidang binaan serta rekabentuk dalam yang jitu membantu kejayaan pengelolaan RBW En. Mohd tadi. Semasa pengubah suaian banyak rekabentuk yang terpaksa diubah semula. Mungkin kerana tukang rumah yang digunakan oleh En Mohd dahulu secara try and error sahaja. Rekabentuk dan sistem dalaman yang dipraktikan sebelum ini memang tidak sesuai dengan strategi jitu memikat walit. Pengubah suaian lubang masuk dan lubang antara lantai membantu kejayaan program pengelolaan yang dilaksanakan. Jangan lupa bahawa sistem dalaman seperti kelembapan suhu dan ventilasi juga memainkan peranan yang penting dalam kejayaan sesebuah rumah burung.
Gabungan kepakaran En Jeff dan En Zabri dalam MZN Niaga telah membuka lembaran baru bagi En Mohd yang pernah merasa frust kerana kegagalannya sebelum ini. Tahniah kepada En Mohd kerana membuat keputusan yang tepat memilih MZN Niaga dalam membaik pulih rumah yang gagal.

Setelah kondisi dalaman dan penggunaan suara mantap dan ternyata berhasil hari ini En Jeff menggunakan pula aroma dinding dengan formula yang dicipta sendiri oleh En Jeff, sebelum ini saya juga telah menggunakan aroma En Jeff ternyata cukup berkesan berbanding dengan aroma-aroma lain yang pernah saya gunakan. Menurut En Jeff beliau menggunakan bahan-bahan asli dari Gua di Pulau Kapas untuk membuat aroma tersebut.

Wednesday, October 15, 2008

MERIALISASIKAN IMPIAN JUTAWAN SENYAP



Keghairahan orang Terengganu dalam industri burung walit agak luar biasa. Tanpa ilmu, tanpa pengetahuan dan tanpa tunjuk ajar mereka sudah berani membangunkan rumah walit. Percaya dengan lapuran akhbar bahawa pulangan dalam industri walit cukup lumayan. Mereka tetap yakin bahawa pulangan dari pelaburan rumah burung walit bukan Ringgit Malaysia rutusan malah puluhan ribu sebulan . Lantas ramai yang ingin mencuba dalam bidang ini. Kemampuan dan peluang yang ada terus digunakan. Maka terbinalah sebuah rumah burung walit dengan rekabentuk mengikut perspektif sendiri. Lantas dibayangkan bahawa kehendak burung walit sama dengan kehendak manusia. Maka terbinalah sebuah hotel untuk didiami oleh burung walit yang menyamai hotel untuk manusia. Dibinanya lobby dan bilik-bilik yang dikira cukup aman bagi tempat tinggal walit tanpa gangguan. Bilik-bilik tersebut dinamakan dengan berbagai istilah ada kawasan roving room dan nesting room. Laksana sebuah gua yang terdapat dihutan belantara atau dilautan samudra luas.
Sebaik sahaja bangunan siap dibina lalu dicarinya penjual suara burung walit yang enak lagi merdu untuk memikat walit masuk dan bersarang dalam rumah tersebut. Mereka sanggup membeli suara kadang-kadang mencecah ribuan ringgit yang kunungnya suara hebat yang mampu menarik ribuan walit datang. Suara walit mula dibunyikan mula-mula perlahan, walit tidak juga datang. Lantas suara dikuatkan sedikit. Walit datang berlegar diatas, lalu dikuatkan lagi maka walit keluar masuk lubang . Buakan main gembira lagi tuan punya. Pastinya gembira kerana rahsia rumah gelap sudah terbongkar. Impian menjadi jutawan senyap akan menjadi kenyataan.
Tiba-tiba sesuatu yang tidak diduga menjelma. Pihak berkuasa tempatan datang menyerahkan notis, bangunan yang dibina tiada kelulusan pelan dan diarah roboh. Jika tidak tindakkan meroboh akan dilaksanakan. Rupanya keghairahan mengundang mala petaka. Bunyi yang kuat menganggu kedamaian tetangga. Desakan dibuat supaya pihak berkuasa bertindak. Gelap dan hancur harapan. Jika bernasib baik hanya sekadar notis peringatan…….
Pengusaha terus menunggu dengan harapan mendapat pulangan pelaburan sewajarnya. Setahun, dua tahun malah sampai empat tahun menunggu dengan sabar . Selepas begitu lama menunggu bukan sahaja tiada sebiji pun sarang, malah burung tidur pun tidak ada dalam rumah tersebut. Orang kampung dah tahu. Kadang-kadang terdengar suara sindiran. Sabar je lah..nak buat macam mana rezeki tidak ada lagi.
Selepas empat tahun baru sedar bahawa rumah burung yang dibina tidak memenuhi spesifikasi sebenar sebuah rumah burung. Mungkin tidak kena design. Macam-macam bentuk design yang ada ada rumah burung jenis A, B, C atau D. bagaimana pula dengan kegelapan, suhu , ventilasi atau kelembapan . Suara burung yang digunakan adalah sebagai alat promosi untuk memikat. Namun begitu faktur lain tidak kurang penting dalam menentukan kejayaan.
Bersabar dan menunggu dalam kesilapan adalah suatu kebodohan. Carilah mereka yang boleh membantu. Jika terpaksa keluarkan sedikit belanja apalahnya. Membongkar rahsia rumah gelap membangun jutawan senyap bukanlah hanya sekadar impian. Pastikan kita mampu merealisikan impian tersebut.

Sekarang ini ramai orang melayu yang terlibat dalam industri burung layang-layang, cuma kita takut ramai orang melayu yang GAGAL dalam bidang yang diketahui di pelopuri oleh kaum cina ini. Kita kena sedar buat Rumah burung ini bukan sekadar TIRU, yang penting ILMU dan DOA. kalau kita kurang ilmu carilah orang pakar untuk pastikan projek kita BERJAYA. (tulisan En Jahani)

Saturday, October 11, 2008

Merealisasikan cita-cita, impian, wawasan dengan memulakan langkah pertama



Ramai yang mempunyai impian , cita-cita, harapan atau wawasan untuk menjadi jutawan. Ada yang berangan-angan untuk menjadi jutawan. Maka jadilah ia seperti saudagar Mat Jenin yang popular itu. Berangan-angan tanpa membuat perancangan adalah angan-angan Mat Jenin. Sebaliknya seorang yang bercita-cita tinggi kemudian membuat perancangan dan menetapkan sasaran atau target untuk mencapainya dalam tempuh masa yang ditetapkan itu adalah wawasan. Justeru itu dimana anda berada sekarang. Berangan-angan atau berwawasan.
Hanya oarang busines yang mampu mensasarkan impian menjadi jutawan. Anda boleh saja memulakan impian untuk menjadi jutawan. Tetapi apakah bidang yang anda hendak ceburi. Bila nak mulakan busines pasti modal menjadi persoalan. Siapa kata busines tak perlukan modal? . Modal asas dan modal pusingan. Tersalah memilah pelaburan bukan sahaja impian tidak menjadi kenyataan , malah menimbulkan bencana.
Jika anda memilh industri penternakan burung walit/walet sebagai bidang busines yang ingin anda ceburi mungkin impian anda untuk menjadi jutawan mungkin menjadi realiti dalam tempuh waktu yang tertentu. Kerana industri walit boleh memberi pulangan hasil yang cukup lumayan secara jangka panjang sehingga dinikmati keturunan anak cucu. Sebab itu lah kaum cina sanggup mengubahsuai bangunan kedai semata-semata untuk melabur dalam industri ini. Kaum cina sebenarnya mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan kaum melayu, kaum cina menguasai sebahagian besar bangunan rumah kedai diseluruh negara. Oleh itu modal permulaan untuk memulakan industri ini tidaklah menjadi persoalan yang besar. Kaum cina akan menggunakan peluang yang ada pada mereka secara maximum dalam apa-apa bidang yang mereka ceburi. Begitu juga apabila terlibat dengan industri burung walit mereka bersungguh.
Ramai yang beranggapan lokasi yang sesuai untuk menternak burung walit hanya berpusat dibandar atau di pinggir laut sahaja.Sebenarnya tidak, malah telah dibuktikan bahawa kawasan pendalaman yang kaya dengan sumber makanan juga sesuai untuk menternak walit. Maka disinilah peluang yang terbentang luas kepada kaum bumiputera yang mempunyai kelebihan keatas pemilikan tanah pertanian untuk melabur dalam industri menternak walit.
Yang menjadi persolan kapada kaum bumiputera ialah modal permulaan untuk mendirikan bangunan. Jika anda fikir untuk menternak walit anda memerlukan bangunan tinggi 3 atau 4 tingkat. Maka andaian itu adalah salah. Jika demikian mungkin cita-cita anda hanya menjadi impian yang tidak munkin menjelma. Bagaimana jika anda memulakan projek yang kecil sahaja dahulu . Bermakna anda telah memulakan langkah. Untuk berlari 1000 langkah pasti anda perlu mulakan dengan langkah yang pertama. Jika langkah pertama itu telah bermula maknanya anda telah mula membuat perancangan untuk menjadi jutawan. Jangan hanya berbicara untuk jadi jutawan tetapi tidak memulakan langkah pertama itu.
Mengapa saya sarankan anda agar terlibat dalam industri walit untuk menjadi jutawan. Di sini aya paparkan carta perbandingan pulangan pelaburan antara simpanan tetap, pasaran saham dan rumah burung walit. Saya yakin sasaran anda untuk menjadi jutawan pasti berjaya dalam industri walit asalkan anda telah memulakan langkah yang pertama itu. Ramai orang minat dalam bidang ini, cuma takut untuk membuat keputusan untuk membina rumah burung.(Di tulis oleh : En Jahani)

Seminar Strategi Jitu Memikat Walet akan diselenggarakan di Jakarta pada tanggal 29 - 30 November 2008. Keynote speaker: A. Hendri Mulia, SE., CMA , Guest speakers : Ko Abeng (Ade H. Yamani) dan Preddy Koesnadi (Pecks)

Sepertimana yang saya maklumkan dalam posting saya yang lalu untuk mendapat sukses dalam apa jua bidang yang diceburi bergantung kepada ilmu yang anda ada. Tidak selamanya harus bergantung kepada orang lain. Setiap kali gagal kena cari konsultan untuk bantu. Semuanya melibatkan kos. Jika konsultan kenakan sedikit bayaran kita kata mahal dan sebagainya. Tetapi pernahkah kita terfikir bagaimana konsultan mendapat ilmu. Tidak cukup sekadar berforum, baca buku, berseminar tetapi juga kongsi pengalaman dengan mereka yang terlibat dalam bidang ini.

Demikianlah kaedah dan cara kami bersama Jeff dan Zabri, dimana sahaja ada sumber ilmu dan pengetahuan kami akan terokai. Bukan itu sahaja kajian demi kajian akan dilaksanakan termasuklah menggunakan kepakaran dari Universiti tempatan dalam bidang-bidang tertentu. Memandangkan hubungan kami dengan Universiti tempatan agak baik akan memudahkan urusan kami dalam bidang ini. Sebab itu kami mempunyai teknik-teknik moden dan terkini dalam bidang ini.


Seminar Strategi Jitu Memikat Walet akan diselenggarakan di Jakarta pada tanggal 29 - 30 November 2008. Adalah seminar yang sangat bagus kerana fokus yang diberi adalah teknik memikat walit dari pengalaman Pak Hendri Mulia sendiri dan rakan-rakan yang telah berjaya dalam bidang ini. Kebanyakan seminar yang diadakan tidak memberi pendedahan yang sebenar tetapi banyak berbicara tentang potensi industri walit. Sayang sekali kami tidak dapat hadir pada seminar kali ini. Walau bagaimana pun salam hormat dan semuga berjaya.

MPKB Membangunkan projek perumahan burung walit 515 buah shoplot dengan harga RM400K sebuah di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Baru, Kelantan


NST 2008/09/25
KOTA BARU: In what could be considered a first, the Kota Baru Municipal Council is working with the private sector to build a swiftlet complex in Jalan Pantai Cahaya Bulan. The complex, which would provide 515 shoplots and other facilities for breeders, would be located on a 16.8ha site far from human habitation.

The estimated RM200 million project is expected to start construction early next year.
MPKB president Shafie Ismail said the project would enable the council to centralize all swiftlet breeding so as to control the industry.
“With the new project, we hope to not have any more complaints from the public about swiftlet breeders,” he said after signing the memorandum of understanding. The MoU was between MPKB and Sabrina Properties Sdn Bhd, the project developer.

Shafie represented MPKB while Sabrina Properties was represented by executive director Azlan Mohd Yusoff.
Azlan said the units would be sold at RM400,000 each. “The response has been overwhelming and we
hope to sell all units before year end.”

The first phase of the project would involve the construction of 200 units while the other units would follow in stages.

The complex would be equipped with a food court, a bird’s nest processing facility and CCTVs.

Komen Penulis.
Penulis mengucapkan tahniah kepada kerajaan Negeri Kelantan MPKB yang begitu peka terhadap projek industri burung walit yang sangat berdaya maju ini. Saya yakin kawasan tersebut akan menjadi salah satu centra walit atau bandar walit yang utama di Malaysia. Tentunya pihak pemaju telah mengambil kira banyak faktor bila memilih kawasan Jalan Pantai Cahaya Bulan untuk dimajukan sebagai kawasan penternakan burung walit. Konsep digunakan berbeza dengan walet ecopark kerana pihak pemaju hanya menyediakan bangunan sahaja. Pembeli akan memajukanya dengan industri ternakan walit. Dengan itu akan wujud persaingan yang sihat diantara pemilik rumah burung walit dikawasan tersebut. Perang suara akan wujud diantara konsultan yang akan menguruskan rumah burung dikawasan tersebut. Masing-masing akan berusaha untuk menyediakan rumah burung lima bintang. Dalam persaingan tersebut pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Disini saya fikir peranan konsultan sangat penting. Pembeli yang tersilap memilih konsultan akan kecewa. Lebih-lebih lagi jika ada pemilik yang tiada ilmu dan tiada pengalaman tetapi ingin mencuba untuk memiliki rumah burung dikawasan ini.
Pengalaman saya membangunkan rumah burung dikawasan centra walit tidak semudah yang disangka. Rumah walit saya bersebelahan rumah walit yang telah beroperasi lebih 4 tahun yang lalu. Kehadiran walit juga terlalu ramai dicentra walit tersebut lebih ramai dari centra walit Kampong China Kuala Terengganu. Jenuh juga saya berusaha untuk memancing burung walit ke RBW saya. Bak kata orang melayu habis jampi serapah digunakan barulah mula mendatangkan hasil.
Walau bagaimana pun syabas sekali lagi diucapkan kepada MPKB yang begitu proaktif untuk memajukan industri walit dan dapat melihat peluang pelaburan yang begitu besar dalam industri ini. Pihak Berkuasa Tempatan lain bila lagi. Ada sesetengah PBT bukan berusaha nak tarik pelabur. Pelabur yang telah wujud sendiri pun dirobohkan. Bila nak buat aktiviti jabatan sanggup minta sponsor dari pihak-pihak tertentu. Peluang pendapatan yang ada dirobohkan. Entahlah ……. tak faham saya. (Ditulis Oleh : En Jahani)

Wednesday, September 24, 2008

Rumah Burung Tidak Mendapat Kelulusan Kerajaan Tempatan


Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah memulakan operasi penutupan operasi rumah burung walit diatas pasaraya ASTAKA Kuala Terengganu. Pengarah Penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu En Mohd Anuar Endut berkata arahan penutupan tersebut terpaksa dilaksanakan kerana pemiliknya yang juga pemilik Pasaraya ASTAKA gagal mematuhi perjanjian sewaan bangunan tersebut. Bangunan pasaraya tersebut adalah milik MBKT. Pihaknya telah membuat pemeriksaan keatas rumah burung tersebut beberapa hari yang lalu.
Tingkat atas bangunan pasaraya tersebut telah diusahakan dengan industri menternak burung walit sejak beberapa tahun yang lalu. Mengikut maklumat seorang rakan yang pernah melihat sendiri proses pemungutan sarang diatas bangunan ASTAKA tersebut pada tahun 2005 pemiliknya telah berjaya mengutip sarang sebanyak 20KG sekali kutipan. Selepas 3 tahun adalah dianggarkan pemiliknya mungkin dapat mengutip 3 kali ganda daripada jumlah tersebut. RBW yang terletak dilokasi centra walit bersebelahan dengan sungai Terengganu yang menjadi tapak sukan air Monsum Cup yang tersohor didunia itu.


Isu penguatkuasaan menjadi hangat kembali di Terengganu kerana terdapat lapuran media yang negetif terhadap industri walit dengan niat jahat untuk mencemarkan imej orang-orang tertentu. Lapuran lebih menjurus kepada rasa sakit hati, dengki dan seumpamanya. Lapuran adalah bersifat prejudis bagi mengesa pihak kerajaan bertindak terhadap industri ini.
Apa yang berlaku di Kemaman umpamanya terdapat tiga buah rumah burung yang diarah memberhentikan operasi malah dirobohkan dengan alasan yang kerana tiada kelulusan pelan dan kawasan kediaman dan dikuatiri mengangu ketenteraman penduduk. Terlalu banyak andaian negatif yang diberikan sehingga mendorong pihak berkuasa bertindak.
Oleh itu berhati-hatilah bila anda berhasrat untuk melibatkan diri dalam industri ini. Undang-undang dan penguatkuasaan juga boleh jadi penghalang kepada kejayaan anda.Bukan sedikit kerugian yang terpaksa ditanggung. Walau pun potensi dalam industri ini besar tetapi kejahilan mereka yang berkuasa memahaminya menyebabkan pelabur menjadi mangsa. Pada mereka yang tidak memahami burung walit mereka menyamakan burung walit sama dengan burung layang-layang sapah yang bersarang dikaki lima bangunan dan mengotorkan kawasan dengan najisnya. Tetapi sifat begitu tidak pada burung walit yang bersaram dalam bangunan yang gelap. Saya pun tidak faham bagaimana bunyi burung walit boleh menjadikan kacau gangu kepada orang awam. (Di tulis oleh blogger jahaniwalit)

Monday, September 22, 2008

MPKT AMBIL TINDAKKAN KEPADA PENGUSAHA MELAYU, PENGUSAHA CINA DI BIARKAN





23 September 2008 Majlis Bandaraya Kuala Terengganu mengambil tindakkan menyerahkan notis kpd pengusaha burung layang-layang di kondo rakyat kuala terengganu. Pengusaha di kenakan tindakkan di bawah seksen 72 (1) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974. Atas kesalahan "mengunakan bangunan tersebut selain drp kegunaan kediaman kpd kegunaan tempat menarik minat burung membuat sarang". Mengikut salah seorang pengusaha pihak kerajaan Di bawah pimpinan Dato' Ahmad Said ini pilih kasih dalam mengambil tindakkan kerana semacam cepat mengambil tindakkan bagi org MELAYU tetapi TAKUT untuk mengambil tindakan kepada kaum CINA walaupun sudah berkali-kali masuk akhbar dan TV. Bagi org melayu sekali saja masuk akbar terus tunjuk kuasa, tapi kerajaan kena ingat org melayulah yang mengembalikkan kuasa BARISAN NASONAL menawan Terengganu daripada pas, tapi nasib malang yang menimpa org melayu dan org cina kerajaan takut untuk mengambil tindakkan.
Mengikut Akta yang di gunakan syeksen 72 (1) tidak untuk rumah kediaman sahaja, apakah bangunan komesial yang diubahsuai untuk di jadikan rumah burung TANPA KELULUSAN majlis bandaraya kuala terengganu tidak SALAH, atau majlis hanya boleh berkuasa kpd org MELAYU saja org CINA di kecualikan. Gambar diatas masih boleh dilihat sehingga kini di jln Tok Lam K. Trg tapi Majlis tidak mengambil tindakkan menutup rumah burung di sekitarnya kerana di usahakan oleh org CINA, tapi kalau di usahakan oleh org melayu saya cukup percaya pihak majlis akan mengambil tindakkan. adakah undang2 ni hanya untuk org melayu yg baru berjinak2 dlm industri ni, sepatutnya dengan slogan kerajaan ingin membantu ekonomi rakyatnya org melayu dibantu darisegi dana atau pun sokongan ini sebaliknya berlaku, di kenakan tindakkan tanpa apa2 perundingan dilakukan dengan hanya ada rungutan segelintir penduduk, tapi bagi pengusaha cina masuk akbar dan tv berkali2, ada yg menaikkan kain rentang, tapi majlis macam takut utk ambil tindakkan.
Perlu juga dibuat kajian secara terpeinci mengapa begitu banyak kondo rakyat tidak ada penghuni. kosong dan menjadi tempat terbiar dan boleh dikatakan separuh dari kondo rakyat tidak berpenghuni. Pihak kerajaan @ walik rakyat perlu tengok sendiri keadaan kondo rakyat, kualiti pembinaan kondo rakyat sangat teruk sehingga berlaku kebocoran disana sini sehingga ketingkat bawah. Keadaan ini mendorong penghuninya berpindah dan ada yang menjualnya. Sebab itulah pengusaha rumah burung mengubah suai untuk ternakan burung. untuk menampung membayar pinjaman bank, nok duduk bocor sana sini, ke? kerajaan nok tolong bayar pinjaman????
Menurut seorang pengusaha di boleh terima kalau pihak Majlis Bandaraya mengambil tindakkan yg sama kepada pengusaha di bandaraya atau kampung cina, janganlah ambil tindakkan kpd org melayu yg baru belajar ni saja.


The Star 12 Ogos 2008 , YB Toh Chin Yow meminta Majlis Bandaraya dan Pejabat Kesihatan Negeri menganbil tindakan tegas dan segera keatas pemilik rumah burung walit di Kondo Rakyat , Kuala Ibai, Kuala Terengganu ekoran lapuran Harian Metro Khamis 4 September 2008 bertajuk rumah burung walet gangu persekitaran. Lapuran itu juga memetik kenyataan Naib Presiden Persatuan Perdagang Burung Walet Terengganu, Lim Yu Teck yang berkata walaupun Kerajaan Negeri Terengganu belum lagi mengeluarkan syarat untuk pengusaha burung walet, peraturan mengenai jabatan kerajaan dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sudah jelas. “ semua sarang burung tidak dibenarkan didirikan dikawasan kediaman kecuali di kawasan komersial yang turut merangkumi rumah kedai dan suara burung hendaklah dimainkan 12 jam dari 7.00 pagi hingga 7.00 malam tidak melebihi 60 desibel diukur pada jarak enam meter dari bangunan.


Mengulas kenyataan tersebut seorang penggiat burung walit yang aktif En Junos Dummi mempertikaikan perbezaan antara kawasan kediaman dan kawasan komersial. Apakah Pihak berkuasa Tempatan mahu melihat kawasan bandar akan menjadi bandar hantu (gost town) yang tidak lagi dijalankan kegiatan perniagaan sepertimana Kitaran Indonesia. Atau pun aktiviti perniagaan dihentikan seperti mana sebuah kompleks perniagaan komersial di Perak. Apakah kawasan komersial tidak ada penghuni maka ia patut dibenarkan. En Junos berharap pihak majlis bandaraya mengambil tindakan yang sama terhadap pengusaha rumah burung walit di Kampong China dan juga di Jalam Tok Lam, Kuala Terengganu. Bukan sahaja mendapat bantahan penduduk sepertimana gambar malah berhadapan dengan istana dan juga masjid. Kewujudan rumah burung walit berhadapan dengan Hotel Mid Town juga menjejaskan perniagaan hotel tersebut. Janganlah mengambil tindakan double standard rumah burung di Kondo Rakyat diminta diambil tindakan tegas rumah burung di Kampong China dan dijalan Tok Lam pihak berkuasa seolah-olah menutup sebelah mata. Lebih-lebih lagi wujud bantahan yang keras dari penduduk dan peniaga disitu. Bagaimana pula dengan rumah burung diatas pasar raya Astaka. Khabarnya bagunan tersebut milik. …… Majlis Bandaraya sendiri. Takkan tak tahu org buat sarang burung atas bangunan SENDIRI....bertahun-tahun lamanya.


kalau nok dikatakan kediaman salah macammana ada flat di hadapan stesen bas kuala terengganu yg dijadikan rumah burung. takkan Majlis bandaraya tak tahu di pusat bandar dan di belakang bangunan Majlis sendiri.. dimana keadilannya...

Tuesday, August 26, 2008

JANGAN BUANG MASA MENUNGGU DALAM KESILAPAN


Burung oh burung, dimana sahaja orang bercakap soal burung. Bagai gegak gumpita bunyinya pengusaha burung walit diwar-warkan dengan pendapatan yang cukup lumayan. Sebuah rumah burung atas sebuah pasaraya di Kuala Terengganu tahun 2005 sekali pungutan hasilnya 20 KG { Adik ipar saya lihat sendiri). Memandangkan pembiakan populasi burung berganda mungkin hari ini pungutannya dah mencecah 40 KG hingga 80 KG. Masakan tidak jika pemiliknya mampu membeli sebuah bangunan dengan harga RM 5.7 juta dan mengubahsuainya menjadi rumah burung. VVIP juga mula berminat dengan burung. Perkembangan ini cukup menarik untuk difikirkan.

Pembangunan rumah burung di Terengganu berkembang macam cendawan tumbuh dimusim hujan. Bekas YB parti PAS dimaklumkan masing-masing telah memiliki rumah burung. Perkembangan yang mengejutkan YB parti pemerentah (BN) juga telah mula berminat dalam industri ini. Ada yang telah membangunkan bangunan rumah burung 4 tingkat. Ada juga yang membina bungunan kayu untuk rumah burung. Yang lebih terkejut lagi ada yang sanggup mengubahsuai bekas ban tembakau untuk dijadikan rumah burung. Inilah hebatnya orang Terengganu kite ni, walaupun zero pengetahuan tantang rumah burung cukup berani melabur. Ada yang sanggup melabur sehingga RM700,000.00 membina 3 block bangunan. Paling lucu lagi ramai pula yang ambil peluang dalam keghairahan bangsa ku membangunkan rumah burung dengan mengaku jadi konsultan rumah burung. Bila pelabur tanya mengapa begini dan begitu alasan yang konkrit tak dapat diberi. Cuma jawapannya beginlah rumah burung orang buat. Orang pakai suara artifical dia masih lagi pakai CD. Lepas tu bila suaranya tak berkesan untuk memikat walit mulalah mengelabah. Sanggup beli dengan harga mahal suara yang berkualiti walaupun tahu itu suara curi. Suara walit yang digubah Pak Jeff yang saya guna pun pernah ditawarkan dengan harga yang amat tinggi jika saya sanggup menjualnya.

Perkembangan ini cukup membimbangkan aku kerana kuatir akan menjadi backfire kepada pelabur yang lain, jika keghairahan membangunkan rumah burung dan salah mendapat khidmat nasihat konsultan palsu menjadikan rumah burung tersebut gagal. Belum cuba belum tahu bang!. Orang tak cerita tentang masalah dalam rumah burung ini. Cerita yang bagus-bagus sahaja. Ada seorang kawan tu masa dia mula buat rumah burung happy sangat ratus-ratus burung masuk hari pertama panggil. Lepas beberapa bulan lepas tu burung dah mula buat sarang. Ghairah sangat kawan aku ni buat pulak rumah burung lain. Dah hampir 2 tahun yang sebiji tadi tak juga bertambah. Masa tu cakap besar bukan main… entahlah manusia-manusia.

Rezeki Allah boleh bagi kepada siapa yang dikehendakinya dan boleh ditarik bila-bila masa. Walau bagaimana pun Allah suruh kita berikhtiar dan berusaha. Jangan pula kita hanya bersabar menunggu rezeki yang turun dari langit. Bagus sangatke ibadat kita kepada Allah dan mengharapkan keajaipan berlaku keatas rumah burung kita. Menjadi sunnatullah memberi sesuatu itu dengan sebab mesabab. Oleh itu carilah ilmu untuk mengubah keadaan. Atau gunalah talian hayat untuk pastikan rumah burung anda tidak gagal. Apalah salahnya jika anda melabur sedikit untuk talian hayat , asalkan rumah burung anda sukses. Rawatlah segera rumah burung anda jika ianya bermasalah kerana dua tiga tahun yang lalu buat rumah burung macam manapun burung akan masuk bersarang, kerana ketika itu burung mencari rumah. Tetapi hari ini rumah mencari burung. Orang buat hotel 5 bintang kita hanya buat homestay. Lepas tu mimpi nak jadi jutawan. (Artikal di tulis Oleh Blogger jahaniwalit)

Sunday, August 24, 2008

MEMILIH PERUNDING BERPENGALAMAN & BERILMU MENUNTUKAN KEJAYAAN


PERUNDING RUMAH BURUNG WALET

Kuala Terengganu, Fenomena membangunkan rumah burung walet cukup rancak khususnya dikalangan kaum bumiputera. Setiap bulan dua tiga rumah burung walet telah di bangunkan. Situasi ini menarik minat kepimpinan politik samaada kerajaan mahupun pembangkang. Dengan perkembangan ini ramai pula mengambil peluang menggelarkan diri sebagai konsultan walaupun ia sendiri belum memiliki rumah burung atau ia hanyalah tukang yang membina rumah burung. Dengan ini sebgai pelabur kena berhati-hati bila memilih perunding.

Pemilihan perunding yang betul, berpengalaman, berilmu serta terbukti ada kejayaan (memiliki rumah burung sendiri) penting bagi untuk berjaya. Jangan kita hanya memikirkan bayaran yang rendah semata2 untuk memilih tukang atau perunding, adakah berbaloi kiranya pelaburan kita lambat berhasil atau gagal???

Hari ini sudah kedengaran orang melayu ramai yang melibatkan diri dalam penternakan burung walet, tapi ramai juga yang gagal....tak ramai yang berjaya seperti yang sepatutnya, ada yang 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun baru ada sarang tak sampai 10 biji...jadi kita janganlah jadi seperti ini. org kata buat burung kena sabaRRR...betul ke? kalau sabar 3 tahun masih tak boleh jual..kita kena jawab sendiri..inilah padahnya pilih tukang yg buat rumah burung bukanya perunding yg berpengalaman dan ada yang buat sendiri tiru orang buat. fikir-fikirkan lah.

Jangan pandang rendah dengan kepakaran dan pengalaman perunding(konsultan), kerana bayaran yang dikenakan nilainya sedikit berbanding kejayaan dan pendapatan yang bakal kita perolehi. Ini kerana perunding yang betul serta berpengalaman akan berupaya membimbing pelabur untuk merialisasikan peluang untuk menjadi JUTAWAN dari rumah burung. Adakah berbaloi bagi perunding yang mendapat bayaran dari kerja, peralatan, teknologi, kemahiran, ilmu dan pengalaman serta penjagaan sehingga kita dan berpontensi menjadi JUTAWAN dengan bayaran RM20 ribu-RM30 ribu????? kita kena renungkan!!!!!!...

Perunding yang hebat mempunyai rasa tanggungjawab yang cukup tinggi bagi memastikan seseorang pelabur berjaya dengan SUKSES...dan kalau kita ingin melabur janganlah hanya mengharap semuanya akan kita dapat dengan PERCUMA..Nilai pulangan yang kita perolehi dari bayaran peruding tentulah lebih tinggi. Ada perunding yang lebih bertanggungjawab dalam pengendalian pelaburan di mana menawarkan pakej pengelolaan terus dalam masa yang panjang dengan mengambil bayaran melalui perkongsian hasil tuaian yang sedikit berbanding pelabur. Hal ini nampak sekali pandang macam pelabur sedikit kerugian tetapi hakikatnya pelabur beruntung dan bertuah kerana dengan cara ini perunding akan menjaga rumah burung dengan cara yang terbaik bagi memastikan peningkatan hasil, pelabur mendapat bahagian lebih banyak hasilnya tanpa pening kepala memikirkannya. Perunding yang baik akan menguruskannya dari A sehingga Z. Pelabur duduk releks dan goyang kaki sahaja. Pengurusan dan pengelolaan di uruskan oleh perunding.

Bagi mereka yang menghadapi masalah burung lambat bersarang atau burung ramai tapi tak tidur atau burung bersarang tapi tak bertambah... hubungilah kami untuk menyelesaikan masalah anda..019-9341226 (zabri).

Saturday, August 23, 2008

Kegairahan dalam membangunkan rumah burung walit di Terengganu



Pengusaha rumah burung di Plaza Perdana, Kuala Terengganu mendapat pulangan lumayan hasil membudidaya walit. Seorang Peguam memberitahu saya anak guamannya memperolehi pendapatan 60 kg sekali pungutan hasil. Jika harga sarang burung mentah RM5,000.00/kg bermakna pengusaha tersebut mendapat pendapatan RM300,000.00 sebulan (andaikan beliau kutip hasil sebulan sekali) manakala kos operasinya eletrik dan air sahaja (macam tiada overhead kos) . Waduh! sungguh lumayan. Dengan sebab itu kegairahan pembinaan rumah burung walit di Terengganu hari ini sungguh luar biasa sekali. Dikampung saya seorang pengusaha Cina dari Johor berkongsi dengan kawan saya membina rumah burung diatas tanah milik oarang melayu dengan kos RM 300,000.00 . Saiz rumah burungnya ialah 25 X 80 kaki dengan ketinggian 3 tingkat. Ini adalah satu contoh perkongsian pintar dalam industri walit.

Hari ini telah ramai orang faham dan berminat dalam industri burung walit. Namun ramai dikalangan kita yang berhati-hati untuk terjun dalam pelaburan ini. Alangkah indahnya jika pemimpin masyarakat khususnya kepimpinan politik melibatkan diri dalam industri ini. Paling tidak ia boleh jadi pemangkin kepada perjuagan ekonomi orang melayu. Tahniah YB anda bukan hanya cakap tapi buat dan buktikan kepada bangsaku bahawa industri walit bukan hanya milik bangsa cina sahaja.

Namun begitu kegairahan untuk membangunkan rumah burung haruslah berhati hati agar tidak salah dari segi rekabentuknya. Saya banyak diajukan persoalan berhubung dengan rekabentu rumah burung yang hendak dibina. Apakah design yang dibina salah dan sebagainya. Mengapa ada rumah burung dibina menggunakan bumbung (atap ) dan ada yang tidak. Mana satu design yang betul. Saya tak berani nak melabur dalam projek rumah burung kerana risikonya besar. Bagaimana nanti, jika bangunan siap tapi burung tidak datang atau pun burung datang tetapi burung tidak menginap, burung menginap tetapi tidak membuat sarang .


Sebagai contoh kedua dua rumah burung diatas terletak pada jarak yang tidak sampai 3 kilometer diantara satu dengan lain.Keduanya mempunyai reka bentuk yang berbeza. Mungkin keduanya mendapat khidmat nasihat yang berbeza. Membina rumah burung tidak semudah yang disangka sebenarnya. Ia memerlukan kepakaran dari segi rekabentuk dalaman dan juga luaran. Jangan duplicate design rumah burung yang bersaiz besar dengan rekabentuk yang sama bila kita membangunkan rumah burung yang bersaiz lebih kecil. Mungkin tukang yang anda upah adalah tukang bangunan tetapi bukan pakar dalam bidang pembinaan rumah burung walit. Kesilapan dalam membuat rekabentuk luaran dan dalaman akan memberi kesan yang berbeza. Suhu dan kelembapan lebih sukar dikawal dalam rumah burung yang bersaiz kecil. Begitu juga soal ventilasi. Lubang antara lantai dan sebagainya.

Bagi mereka yang arif tentu dapat membezakan kedua design diatas yang mana yang akan berhasil dan yang mana akan gagal. Tanyalah tukang rumah anda, saya pasti jawapannya beginilah aku lihat rumah burung orang. Apakah itu memuaskan hati anda sebagai pelabur. Tentu tidak bukan?. Jika pakar pasti setiap design yang dibuatnya ada alasannya. Mengapa begitu dan begini. Seeloknya sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam industri burung carilah pakar, pastikan dahulu ujian lokasi dilaksanakan dengan baik. Lihat arus terbang burung yang melalui kawasan tersebut. Kaji juga aliran angin dan pencahayaan kawsan tersebut. Berbagai lagi perkara yang ada kaitan dengan mikro habitat burung walit. Ketinggian bangunan juga perlu diambil kira jika bangunan anda diatas bukit, perlukah rekabentuk rumah walit anda begitu tinggi hinggakan anda mengeluarkan modal yang besar.

Jika anda mempunyai ilmu tak perlulah guna khidmat pakar habiskan duit aje!. Oleh itu carilah ilmu terlebih dahulu. Hadiri kursus dan seminar walaupun perbelanjaannya mahal. Jangan kedekut nak belanja duit tetapi inginkan hasil yang lumayan. Orang lain habiskan duit untuk dapat ilmu kita nak dengan percuma. Dalam bisnes tiada yang percuma kawan. Fikir-fikirkanlah. (Artikal di tulis oleh blogger www.jahaniwalit.com)

Lawatan VVIP Ke Lokasi Rumah Burung Walit Kelolaan SMI di Serada





Kuala Terengganu 17 Ogos 2008 Swiflet Management Industry hari ini telah menerima kunjungan lawatan tidak rasmi daripada YBM Dato’ Tengku Putera Bin Tengku Awang Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu ke lokasi salah sebuah rumah burung walit yang di kelolakan oleh pihak SMI. Lokasi terletak di atas tanah pertanian di Serada Marang Terengganu, rumah burung walit kelolaan SMI tersebut yang 98% siap dijangka akan mula beroperasi sebelum Ramadhan ini.
YBM Dato’ Tengku Putera Tengku Awang sebenarnya telah mengetahui akan potensi industri penternakan burung walit sejak tahun 1995, hasrat YBM Dato’ pada waktu itu untuk di ketengahkan kepada pihak Kerajaan Negeri dengan tujuan membantu menjana ekonomi kaum bumiputera namun begitu usaha tersebut tidak dapat di realisasikan kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Tambah lagi pada waktu itu di Terengganu industri walit masih terlalu asing untuk di perbincangkan apatah lagi untuk diceburi, ini mengakibatkan YBM Dato’ terpaksa mengenepikan dulu hasrat tersebut, tambah lagi pada waktu itu YBM Dato’ telahpun di pilih menjadi seorang wakil rakyat yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu tentu sekali YBM Dato’ akan lebih mengutamakan kepada sesuatu projek industri yang lebih jelas menjanjikan keuntungan berpandukan kepada prospek ekonomi semasa demi tanggung jawab untuk menjaga kepentingan rakyat yang di amanahkan.
Namun pada hari ini dengan segala apa yang sudah jelas terbukti di depan mata akan betapa besarnya potensi industri penternakan walit di Negara Malaysia. Penglibatan dan minat YBM Tengku Putera Tengku Awang dalam industri ini pasti dapat membuka minda masyarakat bumiputera khususnya penduduk Hulu Terengganu untuk meneroka industri baru ini. Penduduk Hulu Terengganu sangat beruntung mempunyai pemimpin yang peka dan kreatif bagi membangunkan ekonomi bangsa selaras dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia. Sebelum ini YB Saudara Rozi Bin Mamat Exco Pertanian Negeri Terengganu juga telah menyeru masyarakat bumiputera supaya membuka minda dan turut terlibat dalam industri yang sangat berpotensi ini. Adalah diharapkan cetusan idea dan wawasan kedua-dua pemimpin ini mampu merealisakan Hulu Terengganu menjadi pusat pengeluaran sarang burung walit yang utama di Malaysia.
Oleh kerana Tasik Kenyir merupakan lautan kedua bagi burung walit yang berulang alik dari kepulauan di persisiran pantai maka Tasik Kenyir adalah lokasi yang sangat strategik untuk dibangunkan industri walit. Oleh kerana “bird Nest” sangat popular sehingga stadium olimpik pun menggunakan nama bird nest stadium, maka tidak mustahil industri walit boleh dibangunkan berkonsepkan eko pelancongan. Hulu Terengganu khususnya di Tasik Kenyir boleh dibangunkan sebuah eko pelancongan untuk industri walit atau ‘Kenyir Eco Walit Park’ untuk tujuan berkenaan.
Pihak SMI mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBM Dato’ Tengku Putera Bin Tengku Awang kerana sudi datang berkunjung ke rumah burung walit kelolaan kami, Insyaallah pihak SMI bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dalam merialisasikan hasrat YBM Dato' meningkatkan ekonomi orang melayu dan menjadikan projek burung walit berjaya dengan cemerlang. Dan kami akan membuat kunjungan balas ke ‘Rumah Burung Walit’ milik "anak buah" YBM Dato’ yang di beritakan sudah hampir siap terletak di satu lokasi tanah pertanian di dalam daerah Hulu Terengganu. (Artikal ditulis oleh Pak Jeff)

Thursday, August 14, 2008

‘Bird Nest Stadium’. Tingginya status industri burung walit


Rakyat Negara China dengan kepakaran kesenian senibinanya telah mempertontonkan kepada masyarakat seluruh dunia betapa kegemilangan acara sukan Olympic pada kali ini dengan memertabatkan akan ketinggian Nilai serta penghasilan Mutu yang di terjemahkan secara cukup simbolik dengan pembinaan Stadium National yang berbentuk ‘Sarang Burung Walit’.
Stadium National yang dapat memuatkan 91,000 tempat duduk ini terletak diatas keluasan tanah 851,400 kaki persegi merupakan gelanggang bagi perebutan pingat athlit2 sukan olympic 2008.
a). Pembinaan Tapak Stadium National Bermula pada 24/12/2003b). Permulaan Pembinaan Struktur Stadium pada March 2004c). Stadium ini siap sepenuhnya dibina pada May 2008d). Kos pembinaan National Stadium USD531 Million = RM1.76 BillionStadium National ini lebih di kenali dengan nama ‘Bird Nest Stadium’.
Sumber Maklumat di perolehi daripada pembiaya kewangan (finance) :-The China International Trust and Investment Corporation (CITIC)

Saya cukup bangga terlibat dalam industri walet ini kerana sebuah negara maju cukup mengiktirafnya dan menamakan stedium tempat berlangsung sukan olimpik dengan "Bird Nest Stedium" dan salah satu maskotnya ialah burung layang-layang. Jadi janganlah kita berasa malu untuk mengaku sebagai usahawan burung layang-layang.

Wednesday, August 13, 2008

PARADIGMA BARU STRATIGI DALAM INDUSTRI WALET

Paradigma Baru Strategi Bisnis ialah cara pandang kita selama ini terhadap strategi untuk berjaya dalam persaingan bayak bergantung kepada strategi mengurangkan kos pengeluaran dalam persaingan pada ruang pasaran yang sama. Jika kos pengeluaran kita efektif maka mampulah kita bersaing dalam perniagaan tersebut.
W. Chan Kim dan Renee Mauborgne melalui bukunya Blue Ocean Strategy terbitan Harvard Business Press, 2005 menyatakan bahawa persaingan dalam pasaran yang sama bukan lah satu kaedah untuk berjaya dalam bisnes tetapi perlu mewujudkan perniagaan bagi memasuki ruang pasaran yang baru dengan industri baru dengan kaedah yang baru (rule of game baru) Persaingan pada sebuah industri dengan cara memperebutkan pasaran yang sudah sedia ada dengan cara saling “membunuh” antara pemain (zero-sum-game) adalah paradigma bisnis lama yang tidak menjamin kelansungan bisnes tersebut strategi begini juga disebut sebagai red-ocean strategy.
Dalam industri burung walit konsep Blue Ocean Strategy dilaksanakan kerana dalam industri pemain baru tidak perlu bersaing dalam pasaran kerana pengeluaran produk yang sama dan pasaran untuk produk ini telah tersedia ada dan tidak mencukupi dalam pasaran. Untuk industri lain pengeluaran produknya perlu meningkatkan kualiti dengan berbagai inovasi untuk mengalahkan pesaing malah sehingga membunuh bisnes pesaing. Perang inovasi dan perbezaan produk, kualiti, harga, promosi, keberkesanan, pengurangan kos, pengstrukturan semula organisasi dan perang bisnes lainnya dalam dalam bidang yang sama (killing field) berlaku terus-menerus untuk menghasilkan pemenang diatas kekalahan para pesaingnya. Mereka yang kalah, lantas melakukan sejumlah langkah-langkah strategis yang diperlukan untuk berupaya mengambil alih pasaran yang sama, demikian seterusnya. Keadaan ini ini tidak berlaku dalam industri burung walit.
Swiflet Management Industry dengan salah seorang rakan kongsinya iaitu En Mohd Zabri Nawang (0199341226) turut merupakan pemain dalam industri ini telah melaksanakan analisis persekitaran lantas membentuk strategik planning bagi mencapai objektif dalam melaksanakan misi dan visi. Sebagai perunding dalam industri ini SMI menubuhkan pasukan R&D yang terdiri dari pakar Universiti Kolej tempatan. Matlamatnya untuk membaik pulih rumah-rumah burung yang gagal. Membangunkan gaget-gajet baru dalam industri ini seperti suara artficial, aroma dan sistem automasi yang pintar dalam membangunkan sesebuah rumah burung yan efektif. Selain membaik pulih rumah burung yang gagal SMI juga membangunkan rumah burung sediri untuk penghasilan produk sarang burung (Artikal oleh blogger jahaniwalit)

PROJEK ANTARA 2 DARJAT





Projek ternakan melibatkan kos pemakanan. 60% daripada kos operasi perusahaan ternakan ialah kos makanan.Ramai juga penternak yang terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu menanggung kenaikan kos makanan. Keadaan ini amat berbeza dengan ternakan walit yang tidak langsung terlibat dengan kos makanan. Saya pernah diperlekehkan kerana mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan projek ternakan burung walit untuk PPRT. Kata mereka projek kambing kaprima lagi bagus untuk gulungan ini. Ada juga yang mencadangkan projek pertanian atau ternakan ikan dalam sangkar. Bukan sedikit bajet yang diperuntukkan . Namun gulungan PPRT tidak juga terkeluar dari garis kemiskinan. Bukan semua tak berjaya ada juga yang berjaya. Tetapi yang tidak berjaya lebih ramai lagi. Tujuan saya kemukakan cadangan tersebut supaya kerajaan terlibat dalam industri ternakan walit. Sekiranya kerajaan terlibat dengan industri walit ini paling tidak kepakaran dan teknologi boleh dikembangkan. Kerajaan boleh adakan dana untuk penyelidikan dan R&D dan sebagainya. Projek ini tidak lagi menjadi rahsia bagi satu kaum sahaja. Ianya boleh dijadikan model untuk penduduk luar bandar yang mempunyai tanah dan modal untuk terlibat dalam industri ini. Paling tidak pun boleh dijadikan projek usaha sama diatara kaum cina yang mempunyai modal dan orang melayu diluar bandar yang mempunyai tanah. Memindahkan industri ini kekawasan luar bandar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Apalah salahnya jika kerajaan keluarkan sedikit belanja untuk untuk gulungan PPRT jika projek tersebut berjaya ia boleh dijadikan model bagi orang lain. Jika kerajaan terlibat banyak isu yang berbangkit mengenai burung ini boleh selesai.
Ramai diantara kita khususnya masyarakat luar bandar tidak ada pengetahuan dalam bidang ini menyebabkan mereka takut untuk melabur. Membina rumah burung tidak semudah yang disangka. Membina rumah burung tidak semudah membina reban ayam atau rumah kambing. Ramai tukang boleh buat rumah burung malah ada yang bekerja sebagai tukang rumah burung pun. Namun begitu projek yang dibuat masih juga gagal. Bila nak buat rumah burung banyak persoalan yang perlu dijawab seperti apakah perlu halangan atau penghadang dari lubang masuk ke nesting room. Dimanakah lokasi yang sesuai untuk dibina lubang masuk. Berapa pula saiznya. Bagaimana untuk menyediakan lubang diantara lantai dan dimana kedudukannya. Apakah dalam rumah burung memerlukan aroma. Apakah jenis-jenis aroma yang diperlukan. Dimana tempat untuk mendapatkan aroma tersebut. Perlukah disediakan longkang air atau kolam dalam rumah burung. Dimanakah peralatan rumah burung hendak dibeli. Suara bagai mana paling sesuai untuk sesebuah rumah burung.
Semuanya ini dapat dijawab melalui penyelidikan. Setiap penyelidikan memerlukan belanja yang besar. Oleh itu tidak ramai pakar yang bersedia memberikan ilmunya dengan percuma. Apatah lagi zaman sekarang semuanya mahal. Yuran untuk menghadiri seminar pun hampir RM 2,000.00 apatah lagi untuk buat penyelidikan bagi memastikan kejayaan. Buat rumah burung bukan kaedah try and error sebab ia melibatkan pelaburan. Orang buat dengan kaedah yang betul 3-6 bulan burung dah mula bersarang. Kita yang buat tanpa ilmu. 1 tahun menunggu, 2 tahun menunggu, 3 tahun menunggu, 4 tahun menunggu. Bayangkanlah jika 1 tahun yang berjaya dah dapat 2kg, tahun kedua 4kg, tahun ketiga 8kg dan tahun ke4 dah dapat 16 kg. Dalam masa 4 tahun dah dapat 60kg. Maknanya dalam masa 4 tahun dah dapat 30kgXRM5,000/kg bersamaan dengan RM150,000.00. Walau bagaimana pun ianya bergantung kepada saiz bangunan dan lokasi. Kita yang buat dengan cara yang salah tadi masih lagi menunngu dengan sabar. Apakah kita sayang nak bayar sedikit wang kepada pakar yang benar-benar mengetahui tentang burung ini dengan pendapatan sebanyak itu berbanding bersabar dalam kesilapan. Fikir-fikirkan lah. (Artikal oleh Blogger jahaniwalit)

Sunday, August 10, 2008

Adakah permintaan pasaran sarang burung walit akan jatuh


Apabila zaman berubah dunia pun berubah, struktur ekonomi juga akan berubah. Sarang burung bukan lagi makanan golongan bangsawan sahaja tetapi turut menjadi makanan rakyat biasa dan orang-orang yang berkemampuan. Melalui perbincangan saya dengan Pak Handoko seorang pembudidaya walet dan pengeksport dari Jakarta. Dahulu ketika tahun 1991 harga 2 KG sarang burung di Hong Kong adalah menyamai nilai 1 KG emas. Tetapi sekarang tidak lagi kerana harganya semakin murah. Tetapi permintaanya tetap tidak jatuh. Kerana ramai pengguna yang mampu menggunakannya, Terutamanya masyarakat Cina. Pemakan sarang burung yang utama adalah masyarakat Cina yang bertaburan diseluruh pelusuk dunia yang berjumlah kira-kira 1.5 billion. Oleh itu permintaan datang dari negara China, Hong Kong, Jepun, Taiwan, USA dan juga negara Eropah. Negara-negara lain yang terdapat masyarakat cina atau wujudnya China Town turut mewujudkan permintaan untuk sarang burung ini.
Negara pengeluar sarang burung terdiri negara yang berada didalam jajaran kepulauan Andaman hingga ke Filifina. Malaysia dan Indonesia adalah negara pengeluar utama.
Perlu diingat bahawa sarang burung walit bukan hanya sekadar bahan ubatan tetapi sebagai makanan tambahan. Masyarakat cina percaya bahawa sarang burung mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi pemangkin kepada pertumbujan sel dan kulit.
Negara pengeluar utama sarang burung adalah Malaysia dan Indonesia belum mampu memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat. Pengeluaran Malaysia dan Indonesia hanyalah hanya mampu 20%-30% permintaan dalam pasaran dunia. 70% - 80% lagi keperluan pengguna belum mampu dipenuhi oleh pengeluar yang ada pada masa. Oleh yang demikian potensi pasarannya sangat besar.
Pertumbuhan ekonomi yang pesat meningkatkan lagi permintaan pasaran sarang burung . Permintaan Akan terus meningkat bila orang Eropah dan Arab telah mula makan sarang burung.Janganlah risau tentang pasaran kerana ia akan tetap terjamin. Jika harga sarang burung mentah dalam pasaran jatuh sekali pun dari RM4000 - RM5000 /KG di Malaysia pengusaha tidak akan rugi lagi kerana pengeluar tidak memerlukan overhead kos untuk mengeluarkan sarang burung. Kerana inilah industri yang pelaburan modal hanya sekali dan hampir tiada overhead kos dan ianya boleh diwarisi hinga ke anak cucu. Berapa banyak pendapatan dan sarang burung yang di perolehi, kita hanya perlu bayar bil elektrik dan air saja. kalau kita dapat 3 kg (RM 12 ribu) sebulan kita hanya bayar bil RM 50.00 saja

Masalah rumah burung di bandar pendekatan win-win situation

2006 sebuah parti politik di Malaysia yang mendaftar rumah burung milik ahli-ahli parti berkenaan. Sebanyak 50,000 premis telah diubah suai menjadi rumah burung. Dalam satu perjumpaan pemimpin parti politik di Kuala Terengganu, seorang Dato’ mencadangkan supaya rakan- rakannya membina rumah burung sebagai sebagai sumber ekonomi baru mereka. Dato’, ini terkejut bila rakan-rakannya memaklumkan bahawa Dato’ telah ketinggalan kerana sebahagian mereka yang hadir telah pun memiliki rumah burung. Seorang Dato’ memberitahu rakannya seorang kontraktor Melayu yang secara kebetulan memiliki juga rumah warisan di Kampong China, Kuala Terengganu. Dato’ itu yang cukup dikenali di Kuala Terrngganu yang juga bekas exco mempunyai rumah burung bersebelahan rumah warisan kontraktor tadi mempunyai hasil rumah burung bernilai sebuah perdana V6 setiap bulan. Seorang Dato, yang dikenali di Besut juga memiliki rumah burung yang dikongsi bersama rakannya berbangsa cina di bandar Jertih. Saya dimaklumkan oleh seorang rakan arkitek berbangsa cina bahawa seorang Dato, di Terengganu mempunyai 100 sarang. Saya pada mulanya faham pendapatan Dato’ ini 100 kg sebulan. Andaian saya salah, bukan 100 kg sebulan tetapi Dato’ tersebut mempunyai 100 buah rumah burung walit.
Dalam seminggu dua ini isu rumah burung menjadi hangat di Bandaraya Warisan Persisir Air, Kuala Terengganu. Berikutan naiknya kain rentang di jalan Tok Lam yang yang kecewa kerana konongnya Majlis Bandaraya gagal mengambil tindakan terhadap pengusaha burung.Riyuh rendah dibuatnya, masuk surat khabar masuk TV dan bebagainya. Peniaga bersebelahan premis rumah burung tadi mendakwa perniagaanya merosok kerana ganguan bunyi dan najis burung yang konongnya membawa wabak penyakit selsema burung. Akibat daripada ketegangan tersebut saya dapati suara memanggil burung telah diperlahankan. Pihak berkuasa mula bertegas dan difahamkan akan mengambil tindakan terhadap pengusaha rumah burung tersebut.
Mungkinkah masalah diatas boleh diselesaikan melalui win-win situation. Dimana pengusaha rumah burung tidak kerugian dan masalah ganguan sosial dapat diatasi. Manakala pihak berkuasa mendapat sumber pendapatan baru. Penyelesaiannya tidaklah terlalu sukar dan dapat diatasi bila mana pihak berkuasa mengambil pendekatan yang proaktif dengan mengeluarkan lesen atau permit kepada pengusaha dengan bersyarat. Pertama suara memanggil hendaklah dari jenis yang tidak dapat didengar oleh manusia. Lubang masuk hendaklah ditengah-tengah bumbung bangunan bukannya disisi bangunan. Dengan itu kawasan burung berlegar diatas atap bangunan dan suara memanggil burung tidak akan kedengaran dari bawah. Kedua kerajaan atau pihak-pihak tertentu menyediakan tanah atau bangunan untuk dijual kepada pengusaha supaya dapat memindahkan operasi rumah burung kekawasan luar bandar atau kawasan pertanian. Seharusnya pihak pihak yang mempunyai tanah dan modal seperti badan-badan koperasi mengambil peluang dari isu ini bagi menjana pendapatan. Payah-payah sangat mana-mana majlis daerah yang tidak mempunyai sumber pendapatan libatkan sama dalam industri yang cukup berpotensi ini dengan mejalankan sendiri industri rumah burung di bangunan miliknya. Saya yakin jika pihak kerajaan terlibat industri walit mampu menjadi sumber ekonomi baru kepada negeri dan negara.

Buletin Online diberitahu, seramai 19 orang peniaga di Jalan Tok Lam tersebut terpaksa menanggung kerugian besar setelah mereka mendakwa ‘kehilangan’

Kuala Terengganu – 080808 Sebuah blog melapurkan “ Aduan demi aduan dibuat oleh penduduk berkenaan kepada Pegawai Penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Jabatan Kesihatan serta wakil rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Toh Chin Yaw yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri Terengganu. Namun, pihak berkuasa tempatan didakwa sengaja ‘membutakan mata dan menutup telinga’ terhadap aduan penduduk di Jalan Tok Lam yang menghadapi masalah akibat gangguan beribu-ribu ekor burung layang-layang.

Namun, pihak berkuasa tempatan didakwa sengaja ‘membutakan mata dan menutup telinga’ terhadap aduan penduduk di Jalan Tok Lam yang menghadapi masalah akibat gangguan beribu-ribu ekor burung layang-layang. Tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap masalah yang timbul dari aktiviti penternakan burung ‘walit’ (layang-layang) yang giat dilakukan orang beberapa pengusaha serta ‘taukeh’ sarang burung tersebut sejak lima tahun lalu.Masalah gangguan bunyi bising dan pencemaran najis burung yang berbau busuk telah menjejaskan tahap kesihatan penghuni terbabit.”


Apakah benar dakwaan diatas. Apakah bunyi burung walit lebih bising dari bunyi kenderaan yang mengaung siang dan malam. Apakah najis burung walit terlalu banyak dilepaskan dimerata tempat hingga mencemarkan persekitarannya. Adakah terdapat bukti burung walit membawa penyakit seperti yang didakwa. Atau pengadu hanya cemburu dan iri hati kepada pengusaha burung.

Burung walit adalah sejenis burung yang cukup istimewa. Ia membawa sumber kekayaan kepada mereka yang mengusahakannya. Bukan calang-calang kekayaan malah pengusahanya bakal menjadi jutawan. Penduduk sekitar seharusnya berterima kasih kepada pengusaha burung walit. Kerana dengan adanya burung walit di kawasan bandar maka spesis burung layang-layang sampah yang membuat sarang di coreng atap telah hilang dari kawasan. Jika tidak kaki lima bangunan dicemari oleh najis burung layang-layang sampah ini. Burung walit membuat roving sebelum masuk ke rumahnya. Jika terlepas najisnya pun tidaklah terlalu banyak berbanding dengan jumlah koloninya. Jika semua najisnya dibuang diluar rumah pasti kereta pengadu telah tenggelam oleh najis burung.

Saya tidak percaya pihak berkuasa tempatan sengaja ‘membutakan mata dan menutup telinga’terhadap masalah yang dihadapi. Pastinya pihak berkuasa telah memikirkan cara-cara yang terbaik mengatasinya supaya ianya dapat menguntungkan kedua-dua pihak, termasuk kerajaan juga. Langkah mengenalpasti kawasan diluar bandar sepertimana yang dibuat oleh kerajaan Terengganu adalah suatu langkah yang baik.

Thursday, August 7, 2008

Impian pelabur untuk membangunkan sebuah rumah burung yang sukses


Membangunkan rumah burung yang sukses adalah impian semua pelabur. Tetapi bagaimana anda boleh membinanya tanpa ilmu yang mencukupi. Apakah teknologi yang akan digunakan. Bagaimana pula design rumah burung yang terbaik. Bagaimana memilih material yang akan digunakan. Aroma apa yang akan digunakan. Suara memanggil bagaimana yang berkesan. Sukar untuk membuat keputusan. Nak serah pada konsultan ramai pula yang mengaku jadi konsultan. Jadi tukang rumah ambil upah buat satu dua rumah burung dah mengaku jadi konsultan. Bila ditanya awak dah ada rumah burung sendiri ke. Jawabnya belum ada tapi banyak rumah burung orang saya dah buat. Setengah tu pula baru buat sebuah rumah burung dah mengaku jadi konsultan. Pening juga dibuatnya, tanya konsultan yang lain, jawapannya lain pula. Beranikah anda mempertaruhkan nasib dengan konsultan yang begini.
Mengapa suara yang berkesan pada sebuah rumah burung tetapi tidak berkesan dirumah burung yang lain ditempat lain. Suara yang berkualiti pun jika tersalah pasang sistem audio menjadi tidak berkesan.. Konsultan yang baik tahu membezakan antara sistem mono atau streo. Pemasangan tweeter supaya bunyi menjadi life atau right. Bunyi burung mengambat bersautan boleh dibangunkan melalui pemasangan sistem yang betul. Memasang tweeter yang betul supaya burung dapat dielak atau dipandu masuk ke nesting room. Tuning suara kena betul, kerana silap tuning suara yang berkualiti pun akan jadi suara tidak berkualiti. Justeru itu pemilihan suara penting. Suara rakaman atau suara artificial yang hendak digunakan. Mampuke anda bersaing dikawasan cetra walit dengan rumah burung yang berjaya sekiranya anda pemain yang baru. Cabarannya cukup hebat sekali. Sekiranya suara yang anda gunakan tidak lebih baik daripada suara yang sedia ada pasti rumah burung anda akan kosong. Kerana suara mempengaruhi 60 % kejayaan rumah burung. 40 % lagi adalah kondisi dalaman yang menghampiri kondisi habitat asal burung walit yang menghuni digua-gua.
Mana lebih berkesan suara artificial atau suara rakaman. Suara artificial adalah suara buatan yang daripada suara asli (rakaman) dan suara tiruan. Kebanyakan rumah burung kami di Terengganu menggunakan suara artificial. Ianya terbukti berkesan. Itu pun jika kondisi dalaman sesuai untuk burung walit. Kondisi yang sesuai bergantung kepada ventilation, suhu , kelembapan, lubang antara lantai dan juga pencahayaan dalam rumah burung

KEJAYAAN SEMINAR STRATIGI JITU MEMIKAT WALET DI PONTIANAK


Wednesday, July 23, 2008

SEMINAR "STRATIGI JITU MEMIKAT WALET" DI PONTIANAK CUKUP HEBAT

Pontianak. 20 Julai Seminar STRATIGI JITU MEMIKAT WALET yang julung-julung kali di adakan di Indonesia Oleh penulis buku STRATIGI JITU MEMIKAT WALET Pak Hendry Mulia mendapat sanbutan yang hangat oleh para pengusaha industri walet dari Indonesia, Malaysia dan Brunai seramai 68 peserta. Selain itu rata-rata peserta berpuas hati dengan penganjuran yang teratur oleh EO Pak Eddy Salim. Seminar kali ke 2 ini merupakan perjumpaan dikalangan ahli Klub Pernternak Walet (KPW) forum walet yang popular dan merupakan forum yg banyak perkongsian maklumat dan pengalaman.
Menurut peserta dari Kucing, Pak Muhamed Yunus, seminar yang di kelolai oleh pak hendy mulia lain dari seminar yang pernah dihadiri sebelum ini, kerana pendedahan ilmu dan perkongsian pengalaman yang di bentangkan di buat menyeluruh dan jujur.
Harga seminar amatlah murah berbanding denga ilmu dan maklumat yang di perolehi selama 2 hari berseminar bersama pak hendry mulia, kepada pengusaha walet yang tidak mengikuti seminar ini amatlah rugi kerana banyak tip-tip dan ilmu yang telah di buat kajian keberkesanan bagi meningkatkan hasil dalam industri walet di bentangkan.
Seminar kali ini lebih hangat lagi dengan mendapat liputan dari akhbar ( kuran) dan TV indonesia. para wartawan begitu teruja dan senang dengan layanan dan kemesraan pak Hendry Mulia yang merupakan Pembentang utama memberi komen dan kerjasama semasa wawancara di jalankan.
Menurut Pak hendry Indutri ini tidak mengganggu masyarakat kerana ianya dikelolai dengan baik dan mengikut langkah-langkah kebersihan. Para peserta bertepuk tangan memberi sokongan apabila di umumkan Pak Hendry Mulia akan menganjurkan lagi seminar akan datang di Jakarta sekitar bulan Disember. Semua peserta berjanji akan mengikuti lagi seminar yg di kendalikan oleh Pak Hen kerana pasti ada Tip-tip dan ilmu baru yang akan dikongsikan dengan peserta.