Saturday, October 11, 2008

Merealisasikan cita-cita, impian, wawasan dengan memulakan langkah pertama



Ramai yang mempunyai impian , cita-cita, harapan atau wawasan untuk menjadi jutawan. Ada yang berangan-angan untuk menjadi jutawan. Maka jadilah ia seperti saudagar Mat Jenin yang popular itu. Berangan-angan tanpa membuat perancangan adalah angan-angan Mat Jenin. Sebaliknya seorang yang bercita-cita tinggi kemudian membuat perancangan dan menetapkan sasaran atau target untuk mencapainya dalam tempuh masa yang ditetapkan itu adalah wawasan. Justeru itu dimana anda berada sekarang. Berangan-angan atau berwawasan.
Hanya oarang busines yang mampu mensasarkan impian menjadi jutawan. Anda boleh saja memulakan impian untuk menjadi jutawan. Tetapi apakah bidang yang anda hendak ceburi. Bila nak mulakan busines pasti modal menjadi persoalan. Siapa kata busines tak perlukan modal? . Modal asas dan modal pusingan. Tersalah memilah pelaburan bukan sahaja impian tidak menjadi kenyataan , malah menimbulkan bencana.
Jika anda memilh industri penternakan burung walit/walet sebagai bidang busines yang ingin anda ceburi mungkin impian anda untuk menjadi jutawan mungkin menjadi realiti dalam tempuh waktu yang tertentu. Kerana industri walit boleh memberi pulangan hasil yang cukup lumayan secara jangka panjang sehingga dinikmati keturunan anak cucu. Sebab itu lah kaum cina sanggup mengubahsuai bangunan kedai semata-semata untuk melabur dalam industri ini. Kaum cina sebenarnya mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan kaum melayu, kaum cina menguasai sebahagian besar bangunan rumah kedai diseluruh negara. Oleh itu modal permulaan untuk memulakan industri ini tidaklah menjadi persoalan yang besar. Kaum cina akan menggunakan peluang yang ada pada mereka secara maximum dalam apa-apa bidang yang mereka ceburi. Begitu juga apabila terlibat dengan industri burung walit mereka bersungguh.
Ramai yang beranggapan lokasi yang sesuai untuk menternak burung walit hanya berpusat dibandar atau di pinggir laut sahaja.Sebenarnya tidak, malah telah dibuktikan bahawa kawasan pendalaman yang kaya dengan sumber makanan juga sesuai untuk menternak walit. Maka disinilah peluang yang terbentang luas kepada kaum bumiputera yang mempunyai kelebihan keatas pemilikan tanah pertanian untuk melabur dalam industri menternak walit.
Yang menjadi persolan kapada kaum bumiputera ialah modal permulaan untuk mendirikan bangunan. Jika anda fikir untuk menternak walit anda memerlukan bangunan tinggi 3 atau 4 tingkat. Maka andaian itu adalah salah. Jika demikian mungkin cita-cita anda hanya menjadi impian yang tidak munkin menjelma. Bagaimana jika anda memulakan projek yang kecil sahaja dahulu . Bermakna anda telah memulakan langkah. Untuk berlari 1000 langkah pasti anda perlu mulakan dengan langkah yang pertama. Jika langkah pertama itu telah bermula maknanya anda telah mula membuat perancangan untuk menjadi jutawan. Jangan hanya berbicara untuk jadi jutawan tetapi tidak memulakan langkah pertama itu.
Mengapa saya sarankan anda agar terlibat dalam industri walit untuk menjadi jutawan. Di sini aya paparkan carta perbandingan pulangan pelaburan antara simpanan tetap, pasaran saham dan rumah burung walit. Saya yakin sasaran anda untuk menjadi jutawan pasti berjaya dalam industri walit asalkan anda telah memulakan langkah yang pertama itu. Ramai orang minat dalam bidang ini, cuma takut untuk membuat keputusan untuk membina rumah burung.(Di tulis oleh : En Jahani)