Wednesday, October 15, 2008

MERIALISASIKAN IMPIAN JUTAWAN SENYAP



Keghairahan orang Terengganu dalam industri burung walit agak luar biasa. Tanpa ilmu, tanpa pengetahuan dan tanpa tunjuk ajar mereka sudah berani membangunkan rumah walit. Percaya dengan lapuran akhbar bahawa pulangan dalam industri walit cukup lumayan. Mereka tetap yakin bahawa pulangan dari pelaburan rumah burung walit bukan Ringgit Malaysia rutusan malah puluhan ribu sebulan . Lantas ramai yang ingin mencuba dalam bidang ini. Kemampuan dan peluang yang ada terus digunakan. Maka terbinalah sebuah rumah burung walit dengan rekabentuk mengikut perspektif sendiri. Lantas dibayangkan bahawa kehendak burung walit sama dengan kehendak manusia. Maka terbinalah sebuah hotel untuk didiami oleh burung walit yang menyamai hotel untuk manusia. Dibinanya lobby dan bilik-bilik yang dikira cukup aman bagi tempat tinggal walit tanpa gangguan. Bilik-bilik tersebut dinamakan dengan berbagai istilah ada kawasan roving room dan nesting room. Laksana sebuah gua yang terdapat dihutan belantara atau dilautan samudra luas.
Sebaik sahaja bangunan siap dibina lalu dicarinya penjual suara burung walit yang enak lagi merdu untuk memikat walit masuk dan bersarang dalam rumah tersebut. Mereka sanggup membeli suara kadang-kadang mencecah ribuan ringgit yang kunungnya suara hebat yang mampu menarik ribuan walit datang. Suara walit mula dibunyikan mula-mula perlahan, walit tidak juga datang. Lantas suara dikuatkan sedikit. Walit datang berlegar diatas, lalu dikuatkan lagi maka walit keluar masuk lubang . Buakan main gembira lagi tuan punya. Pastinya gembira kerana rahsia rumah gelap sudah terbongkar. Impian menjadi jutawan senyap akan menjadi kenyataan.
Tiba-tiba sesuatu yang tidak diduga menjelma. Pihak berkuasa tempatan datang menyerahkan notis, bangunan yang dibina tiada kelulusan pelan dan diarah roboh. Jika tidak tindakkan meroboh akan dilaksanakan. Rupanya keghairahan mengundang mala petaka. Bunyi yang kuat menganggu kedamaian tetangga. Desakan dibuat supaya pihak berkuasa bertindak. Gelap dan hancur harapan. Jika bernasib baik hanya sekadar notis peringatan…….
Pengusaha terus menunggu dengan harapan mendapat pulangan pelaburan sewajarnya. Setahun, dua tahun malah sampai empat tahun menunggu dengan sabar . Selepas begitu lama menunggu bukan sahaja tiada sebiji pun sarang, malah burung tidur pun tidak ada dalam rumah tersebut. Orang kampung dah tahu. Kadang-kadang terdengar suara sindiran. Sabar je lah..nak buat macam mana rezeki tidak ada lagi.
Selepas empat tahun baru sedar bahawa rumah burung yang dibina tidak memenuhi spesifikasi sebenar sebuah rumah burung. Mungkin tidak kena design. Macam-macam bentuk design yang ada ada rumah burung jenis A, B, C atau D. bagaimana pula dengan kegelapan, suhu , ventilasi atau kelembapan . Suara burung yang digunakan adalah sebagai alat promosi untuk memikat. Namun begitu faktur lain tidak kurang penting dalam menentukan kejayaan.
Bersabar dan menunggu dalam kesilapan adalah suatu kebodohan. Carilah mereka yang boleh membantu. Jika terpaksa keluarkan sedikit belanja apalahnya. Membongkar rahsia rumah gelap membangun jutawan senyap bukanlah hanya sekadar impian. Pastikan kita mampu merealisikan impian tersebut.

Sekarang ini ramai orang melayu yang terlibat dalam industri burung layang-layang, cuma kita takut ramai orang melayu yang GAGAL dalam bidang yang diketahui di pelopuri oleh kaum cina ini. Kita kena sedar buat Rumah burung ini bukan sekadar TIRU, yang penting ILMU dan DOA. kalau kita kurang ilmu carilah orang pakar untuk pastikan projek kita BERJAYA. (tulisan En Jahani)

Saturday, October 11, 2008

Merealisasikan cita-cita, impian, wawasan dengan memulakan langkah pertama



Ramai yang mempunyai impian , cita-cita, harapan atau wawasan untuk menjadi jutawan. Ada yang berangan-angan untuk menjadi jutawan. Maka jadilah ia seperti saudagar Mat Jenin yang popular itu. Berangan-angan tanpa membuat perancangan adalah angan-angan Mat Jenin. Sebaliknya seorang yang bercita-cita tinggi kemudian membuat perancangan dan menetapkan sasaran atau target untuk mencapainya dalam tempuh masa yang ditetapkan itu adalah wawasan. Justeru itu dimana anda berada sekarang. Berangan-angan atau berwawasan.
Hanya oarang busines yang mampu mensasarkan impian menjadi jutawan. Anda boleh saja memulakan impian untuk menjadi jutawan. Tetapi apakah bidang yang anda hendak ceburi. Bila nak mulakan busines pasti modal menjadi persoalan. Siapa kata busines tak perlukan modal? . Modal asas dan modal pusingan. Tersalah memilah pelaburan bukan sahaja impian tidak menjadi kenyataan , malah menimbulkan bencana.
Jika anda memilh industri penternakan burung walit/walet sebagai bidang busines yang ingin anda ceburi mungkin impian anda untuk menjadi jutawan mungkin menjadi realiti dalam tempuh waktu yang tertentu. Kerana industri walit boleh memberi pulangan hasil yang cukup lumayan secara jangka panjang sehingga dinikmati keturunan anak cucu. Sebab itu lah kaum cina sanggup mengubahsuai bangunan kedai semata-semata untuk melabur dalam industri ini. Kaum cina sebenarnya mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan kaum melayu, kaum cina menguasai sebahagian besar bangunan rumah kedai diseluruh negara. Oleh itu modal permulaan untuk memulakan industri ini tidaklah menjadi persoalan yang besar. Kaum cina akan menggunakan peluang yang ada pada mereka secara maximum dalam apa-apa bidang yang mereka ceburi. Begitu juga apabila terlibat dengan industri burung walit mereka bersungguh.
Ramai yang beranggapan lokasi yang sesuai untuk menternak burung walit hanya berpusat dibandar atau di pinggir laut sahaja.Sebenarnya tidak, malah telah dibuktikan bahawa kawasan pendalaman yang kaya dengan sumber makanan juga sesuai untuk menternak walit. Maka disinilah peluang yang terbentang luas kepada kaum bumiputera yang mempunyai kelebihan keatas pemilikan tanah pertanian untuk melabur dalam industri menternak walit.
Yang menjadi persolan kapada kaum bumiputera ialah modal permulaan untuk mendirikan bangunan. Jika anda fikir untuk menternak walit anda memerlukan bangunan tinggi 3 atau 4 tingkat. Maka andaian itu adalah salah. Jika demikian mungkin cita-cita anda hanya menjadi impian yang tidak munkin menjelma. Bagaimana jika anda memulakan projek yang kecil sahaja dahulu . Bermakna anda telah memulakan langkah. Untuk berlari 1000 langkah pasti anda perlu mulakan dengan langkah yang pertama. Jika langkah pertama itu telah bermula maknanya anda telah mula membuat perancangan untuk menjadi jutawan. Jangan hanya berbicara untuk jadi jutawan tetapi tidak memulakan langkah pertama itu.
Mengapa saya sarankan anda agar terlibat dalam industri walit untuk menjadi jutawan. Di sini aya paparkan carta perbandingan pulangan pelaburan antara simpanan tetap, pasaran saham dan rumah burung walit. Saya yakin sasaran anda untuk menjadi jutawan pasti berjaya dalam industri walit asalkan anda telah memulakan langkah yang pertama itu. Ramai orang minat dalam bidang ini, cuma takut untuk membuat keputusan untuk membina rumah burung.(Di tulis oleh : En Jahani)

Seminar Strategi Jitu Memikat Walet akan diselenggarakan di Jakarta pada tanggal 29 - 30 November 2008. Keynote speaker: A. Hendri Mulia, SE., CMA , Guest speakers : Ko Abeng (Ade H. Yamani) dan Preddy Koesnadi (Pecks)

Sepertimana yang saya maklumkan dalam posting saya yang lalu untuk mendapat sukses dalam apa jua bidang yang diceburi bergantung kepada ilmu yang anda ada. Tidak selamanya harus bergantung kepada orang lain. Setiap kali gagal kena cari konsultan untuk bantu. Semuanya melibatkan kos. Jika konsultan kenakan sedikit bayaran kita kata mahal dan sebagainya. Tetapi pernahkah kita terfikir bagaimana konsultan mendapat ilmu. Tidak cukup sekadar berforum, baca buku, berseminar tetapi juga kongsi pengalaman dengan mereka yang terlibat dalam bidang ini.

Demikianlah kaedah dan cara kami bersama Jeff dan Zabri, dimana sahaja ada sumber ilmu dan pengetahuan kami akan terokai. Bukan itu sahaja kajian demi kajian akan dilaksanakan termasuklah menggunakan kepakaran dari Universiti tempatan dalam bidang-bidang tertentu. Memandangkan hubungan kami dengan Universiti tempatan agak baik akan memudahkan urusan kami dalam bidang ini. Sebab itu kami mempunyai teknik-teknik moden dan terkini dalam bidang ini.


Seminar Strategi Jitu Memikat Walet akan diselenggarakan di Jakarta pada tanggal 29 - 30 November 2008. Adalah seminar yang sangat bagus kerana fokus yang diberi adalah teknik memikat walit dari pengalaman Pak Hendri Mulia sendiri dan rakan-rakan yang telah berjaya dalam bidang ini. Kebanyakan seminar yang diadakan tidak memberi pendedahan yang sebenar tetapi banyak berbicara tentang potensi industri walit. Sayang sekali kami tidak dapat hadir pada seminar kali ini. Walau bagaimana pun salam hormat dan semuga berjaya.

MPKB Membangunkan projek perumahan burung walit 515 buah shoplot dengan harga RM400K sebuah di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Baru, Kelantan


NST 2008/09/25
KOTA BARU: In what could be considered a first, the Kota Baru Municipal Council is working with the private sector to build a swiftlet complex in Jalan Pantai Cahaya Bulan. The complex, which would provide 515 shoplots and other facilities for breeders, would be located on a 16.8ha site far from human habitation.

The estimated RM200 million project is expected to start construction early next year.
MPKB president Shafie Ismail said the project would enable the council to centralize all swiftlet breeding so as to control the industry.
“With the new project, we hope to not have any more complaints from the public about swiftlet breeders,” he said after signing the memorandum of understanding. The MoU was between MPKB and Sabrina Properties Sdn Bhd, the project developer.

Shafie represented MPKB while Sabrina Properties was represented by executive director Azlan Mohd Yusoff.
Azlan said the units would be sold at RM400,000 each. “The response has been overwhelming and we
hope to sell all units before year end.”

The first phase of the project would involve the construction of 200 units while the other units would follow in stages.

The complex would be equipped with a food court, a bird’s nest processing facility and CCTVs.

Komen Penulis.
Penulis mengucapkan tahniah kepada kerajaan Negeri Kelantan MPKB yang begitu peka terhadap projek industri burung walit yang sangat berdaya maju ini. Saya yakin kawasan tersebut akan menjadi salah satu centra walit atau bandar walit yang utama di Malaysia. Tentunya pihak pemaju telah mengambil kira banyak faktor bila memilih kawasan Jalan Pantai Cahaya Bulan untuk dimajukan sebagai kawasan penternakan burung walit. Konsep digunakan berbeza dengan walet ecopark kerana pihak pemaju hanya menyediakan bangunan sahaja. Pembeli akan memajukanya dengan industri ternakan walit. Dengan itu akan wujud persaingan yang sihat diantara pemilik rumah burung walit dikawasan tersebut. Perang suara akan wujud diantara konsultan yang akan menguruskan rumah burung dikawasan tersebut. Masing-masing akan berusaha untuk menyediakan rumah burung lima bintang. Dalam persaingan tersebut pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Disini saya fikir peranan konsultan sangat penting. Pembeli yang tersilap memilih konsultan akan kecewa. Lebih-lebih lagi jika ada pemilik yang tiada ilmu dan tiada pengalaman tetapi ingin mencuba untuk memiliki rumah burung dikawasan ini.
Pengalaman saya membangunkan rumah burung dikawasan centra walit tidak semudah yang disangka. Rumah walit saya bersebelahan rumah walit yang telah beroperasi lebih 4 tahun yang lalu. Kehadiran walit juga terlalu ramai dicentra walit tersebut lebih ramai dari centra walit Kampong China Kuala Terengganu. Jenuh juga saya berusaha untuk memancing burung walit ke RBW saya. Bak kata orang melayu habis jampi serapah digunakan barulah mula mendatangkan hasil.
Walau bagaimana pun syabas sekali lagi diucapkan kepada MPKB yang begitu proaktif untuk memajukan industri walit dan dapat melihat peluang pelaburan yang begitu besar dalam industri ini. Pihak Berkuasa Tempatan lain bila lagi. Ada sesetengah PBT bukan berusaha nak tarik pelabur. Pelabur yang telah wujud sendiri pun dirobohkan. Bila nak buat aktiviti jabatan sanggup minta sponsor dari pihak-pihak tertentu. Peluang pendapatan yang ada dirobohkan. Entahlah ……. tak faham saya. (Ditulis Oleh : En Jahani)