Saturday, August 23, 2008

Lawatan VVIP Ke Lokasi Rumah Burung Walit Kelolaan SMI di Serada





Kuala Terengganu 17 Ogos 2008 Swiflet Management Industry hari ini telah menerima kunjungan lawatan tidak rasmi daripada YBM Dato’ Tengku Putera Bin Tengku Awang Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu ke lokasi salah sebuah rumah burung walit yang di kelolakan oleh pihak SMI. Lokasi terletak di atas tanah pertanian di Serada Marang Terengganu, rumah burung walit kelolaan SMI tersebut yang 98% siap dijangka akan mula beroperasi sebelum Ramadhan ini.
YBM Dato’ Tengku Putera Tengku Awang sebenarnya telah mengetahui akan potensi industri penternakan burung walit sejak tahun 1995, hasrat YBM Dato’ pada waktu itu untuk di ketengahkan kepada pihak Kerajaan Negeri dengan tujuan membantu menjana ekonomi kaum bumiputera namun begitu usaha tersebut tidak dapat di realisasikan kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Tambah lagi pada waktu itu di Terengganu industri walit masih terlalu asing untuk di perbincangkan apatah lagi untuk diceburi, ini mengakibatkan YBM Dato’ terpaksa mengenepikan dulu hasrat tersebut, tambah lagi pada waktu itu YBM Dato’ telahpun di pilih menjadi seorang wakil rakyat yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu tentu sekali YBM Dato’ akan lebih mengutamakan kepada sesuatu projek industri yang lebih jelas menjanjikan keuntungan berpandukan kepada prospek ekonomi semasa demi tanggung jawab untuk menjaga kepentingan rakyat yang di amanahkan.
Namun pada hari ini dengan segala apa yang sudah jelas terbukti di depan mata akan betapa besarnya potensi industri penternakan walit di Negara Malaysia. Penglibatan dan minat YBM Tengku Putera Tengku Awang dalam industri ini pasti dapat membuka minda masyarakat bumiputera khususnya penduduk Hulu Terengganu untuk meneroka industri baru ini. Penduduk Hulu Terengganu sangat beruntung mempunyai pemimpin yang peka dan kreatif bagi membangunkan ekonomi bangsa selaras dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia. Sebelum ini YB Saudara Rozi Bin Mamat Exco Pertanian Negeri Terengganu juga telah menyeru masyarakat bumiputera supaya membuka minda dan turut terlibat dalam industri yang sangat berpotensi ini. Adalah diharapkan cetusan idea dan wawasan kedua-dua pemimpin ini mampu merealisakan Hulu Terengganu menjadi pusat pengeluaran sarang burung walit yang utama di Malaysia.
Oleh kerana Tasik Kenyir merupakan lautan kedua bagi burung walit yang berulang alik dari kepulauan di persisiran pantai maka Tasik Kenyir adalah lokasi yang sangat strategik untuk dibangunkan industri walit. Oleh kerana “bird Nest” sangat popular sehingga stadium olimpik pun menggunakan nama bird nest stadium, maka tidak mustahil industri walit boleh dibangunkan berkonsepkan eko pelancongan. Hulu Terengganu khususnya di Tasik Kenyir boleh dibangunkan sebuah eko pelancongan untuk industri walit atau ‘Kenyir Eco Walit Park’ untuk tujuan berkenaan.
Pihak SMI mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBM Dato’ Tengku Putera Bin Tengku Awang kerana sudi datang berkunjung ke rumah burung walit kelolaan kami, Insyaallah pihak SMI bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dalam merialisasikan hasrat YBM Dato' meningkatkan ekonomi orang melayu dan menjadikan projek burung walit berjaya dengan cemerlang. Dan kami akan membuat kunjungan balas ke ‘Rumah Burung Walit’ milik "anak buah" YBM Dato’ yang di beritakan sudah hampir siap terletak di satu lokasi tanah pertanian di dalam daerah Hulu Terengganu. (Artikal ditulis oleh Pak Jeff)