
Dalam seminggu dua ini isu rumah burung menjadi hangat di Bandaraya Warisan Persisir Air, Kuala Terengganu. Berikutan naiknya kain rentang di jalan Tok Lam yang yang kecewa kerana konongnya Majlis Bandaraya gagal mengambil tindakan terhadap pengusaha burung.Riyuh rendah dibuatnya, masuk surat khabar masuk TV dan bebagainya. Peniaga bersebelahan premis rumah burung tadi mendakwa perniagaanya merosok kerana ganguan bunyi dan najis burung yang konongnya membawa wabak penyakit selsema burung. Akibat daripada ketegangan tersebut saya dapati suara memanggil burung telah diperlahankan. Pihak berkuasa mula bertegas dan difahamkan akan mengambil tindakan terhadap pengusaha rumah burung tersebut.
Mungkinkah masalah diatas boleh diselesaikan melalui win-win situation. Dimana pengusaha rumah burung tidak kerugian dan masalah ganguan sosial dapat diatasi. Manakala pihak berkuasa mendapat sumber pendapatan baru. Penyelesaiannya tidaklah terlalu sukar dan dapat diatasi bila mana pihak berkuasa mengambil pendekatan yang proaktif dengan mengeluarkan lesen atau permit kepada pengusaha dengan bersyarat. Pertama suara memanggil hendaklah dari jenis yang tidak dapat didengar oleh manusia. Lubang masuk hendaklah ditengah-tengah bumbung bangunan bukannya disisi bangunan. Dengan itu kawasan burung berlegar diatas atap bangunan dan suara memanggil burung tidak akan kedengaran dari bawah. Kedua kerajaan atau pihak-pihak tertentu menyediakan tanah atau bangunan untuk dijual kepada pengusaha supaya dapat memindahkan operasi rumah burung kekawasan luar bandar atau kawasan pertanian. Seharusnya pihak pihak yang mempunyai tanah dan modal seperti badan-badan koperasi mengambil peluang dari isu ini bagi menjana pendapatan. Payah-payah sangat mana-mana majlis daerah yang tidak mempunyai sumber pendapatan libatkan sama dalam industri yang cukup berpotensi ini dengan mejalankan sendiri industri rumah burung di bangunan miliknya. Saya yakin jika pihak kerajaan terlibat industri walit mampu menjadi sumber ekonomi baru kepada negeri dan negara.