Wednesday, August 13, 2008

PROJEK ANTARA 2 DARJAT





Projek ternakan melibatkan kos pemakanan. 60% daripada kos operasi perusahaan ternakan ialah kos makanan.Ramai juga penternak yang terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu menanggung kenaikan kos makanan. Keadaan ini amat berbeza dengan ternakan walit yang tidak langsung terlibat dengan kos makanan. Saya pernah diperlekehkan kerana mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan projek ternakan burung walit untuk PPRT. Kata mereka projek kambing kaprima lagi bagus untuk gulungan ini. Ada juga yang mencadangkan projek pertanian atau ternakan ikan dalam sangkar. Bukan sedikit bajet yang diperuntukkan . Namun gulungan PPRT tidak juga terkeluar dari garis kemiskinan. Bukan semua tak berjaya ada juga yang berjaya. Tetapi yang tidak berjaya lebih ramai lagi. Tujuan saya kemukakan cadangan tersebut supaya kerajaan terlibat dalam industri ternakan walit. Sekiranya kerajaan terlibat dengan industri walit ini paling tidak kepakaran dan teknologi boleh dikembangkan. Kerajaan boleh adakan dana untuk penyelidikan dan R&D dan sebagainya. Projek ini tidak lagi menjadi rahsia bagi satu kaum sahaja. Ianya boleh dijadikan model untuk penduduk luar bandar yang mempunyai tanah dan modal untuk terlibat dalam industri ini. Paling tidak pun boleh dijadikan projek usaha sama diatara kaum cina yang mempunyai modal dan orang melayu diluar bandar yang mempunyai tanah. Memindahkan industri ini kekawasan luar bandar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Apalah salahnya jika kerajaan keluarkan sedikit belanja untuk untuk gulungan PPRT jika projek tersebut berjaya ia boleh dijadikan model bagi orang lain. Jika kerajaan terlibat banyak isu yang berbangkit mengenai burung ini boleh selesai.
Ramai diantara kita khususnya masyarakat luar bandar tidak ada pengetahuan dalam bidang ini menyebabkan mereka takut untuk melabur. Membina rumah burung tidak semudah yang disangka. Membina rumah burung tidak semudah membina reban ayam atau rumah kambing. Ramai tukang boleh buat rumah burung malah ada yang bekerja sebagai tukang rumah burung pun. Namun begitu projek yang dibuat masih juga gagal. Bila nak buat rumah burung banyak persoalan yang perlu dijawab seperti apakah perlu halangan atau penghadang dari lubang masuk ke nesting room. Dimanakah lokasi yang sesuai untuk dibina lubang masuk. Berapa pula saiznya. Bagaimana untuk menyediakan lubang diantara lantai dan dimana kedudukannya. Apakah dalam rumah burung memerlukan aroma. Apakah jenis-jenis aroma yang diperlukan. Dimana tempat untuk mendapatkan aroma tersebut. Perlukah disediakan longkang air atau kolam dalam rumah burung. Dimanakah peralatan rumah burung hendak dibeli. Suara bagai mana paling sesuai untuk sesebuah rumah burung.
Semuanya ini dapat dijawab melalui penyelidikan. Setiap penyelidikan memerlukan belanja yang besar. Oleh itu tidak ramai pakar yang bersedia memberikan ilmunya dengan percuma. Apatah lagi zaman sekarang semuanya mahal. Yuran untuk menghadiri seminar pun hampir RM 2,000.00 apatah lagi untuk buat penyelidikan bagi memastikan kejayaan. Buat rumah burung bukan kaedah try and error sebab ia melibatkan pelaburan. Orang buat dengan kaedah yang betul 3-6 bulan burung dah mula bersarang. Kita yang buat tanpa ilmu. 1 tahun menunggu, 2 tahun menunggu, 3 tahun menunggu, 4 tahun menunggu. Bayangkanlah jika 1 tahun yang berjaya dah dapat 2kg, tahun kedua 4kg, tahun ketiga 8kg dan tahun ke4 dah dapat 16 kg. Dalam masa 4 tahun dah dapat 60kg. Maknanya dalam masa 4 tahun dah dapat 30kgXRM5,000/kg bersamaan dengan RM150,000.00. Walau bagaimana pun ianya bergantung kepada saiz bangunan dan lokasi. Kita yang buat dengan cara yang salah tadi masih lagi menunngu dengan sabar. Apakah kita sayang nak bayar sedikit wang kepada pakar yang benar-benar mengetahui tentang burung ini dengan pendapatan sebanyak itu berbanding bersabar dalam kesilapan. Fikir-fikirkan lah. (Artikal oleh Blogger jahaniwalit)