Wednesday, September 24, 2008

Rumah Burung Tidak Mendapat Kelulusan Kerajaan Tempatan


Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah memulakan operasi penutupan operasi rumah burung walit diatas pasaraya ASTAKA Kuala Terengganu. Pengarah Penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu En Mohd Anuar Endut berkata arahan penutupan tersebut terpaksa dilaksanakan kerana pemiliknya yang juga pemilik Pasaraya ASTAKA gagal mematuhi perjanjian sewaan bangunan tersebut. Bangunan pasaraya tersebut adalah milik MBKT. Pihaknya telah membuat pemeriksaan keatas rumah burung tersebut beberapa hari yang lalu.
Tingkat atas bangunan pasaraya tersebut telah diusahakan dengan industri menternak burung walit sejak beberapa tahun yang lalu. Mengikut maklumat seorang rakan yang pernah melihat sendiri proses pemungutan sarang diatas bangunan ASTAKA tersebut pada tahun 2005 pemiliknya telah berjaya mengutip sarang sebanyak 20KG sekali kutipan. Selepas 3 tahun adalah dianggarkan pemiliknya mungkin dapat mengutip 3 kali ganda daripada jumlah tersebut. RBW yang terletak dilokasi centra walit bersebelahan dengan sungai Terengganu yang menjadi tapak sukan air Monsum Cup yang tersohor didunia itu.


Isu penguatkuasaan menjadi hangat kembali di Terengganu kerana terdapat lapuran media yang negetif terhadap industri walit dengan niat jahat untuk mencemarkan imej orang-orang tertentu. Lapuran lebih menjurus kepada rasa sakit hati, dengki dan seumpamanya. Lapuran adalah bersifat prejudis bagi mengesa pihak kerajaan bertindak terhadap industri ini.
Apa yang berlaku di Kemaman umpamanya terdapat tiga buah rumah burung yang diarah memberhentikan operasi malah dirobohkan dengan alasan yang kerana tiada kelulusan pelan dan kawasan kediaman dan dikuatiri mengangu ketenteraman penduduk. Terlalu banyak andaian negatif yang diberikan sehingga mendorong pihak berkuasa bertindak.
Oleh itu berhati-hatilah bila anda berhasrat untuk melibatkan diri dalam industri ini. Undang-undang dan penguatkuasaan juga boleh jadi penghalang kepada kejayaan anda.Bukan sedikit kerugian yang terpaksa ditanggung. Walau pun potensi dalam industri ini besar tetapi kejahilan mereka yang berkuasa memahaminya menyebabkan pelabur menjadi mangsa. Pada mereka yang tidak memahami burung walit mereka menyamakan burung walit sama dengan burung layang-layang sapah yang bersarang dikaki lima bangunan dan mengotorkan kawasan dengan najisnya. Tetapi sifat begitu tidak pada burung walit yang bersaram dalam bangunan yang gelap. Saya pun tidak faham bagaimana bunyi burung walit boleh menjadikan kacau gangu kepada orang awam. (Di tulis oleh blogger jahaniwalit)