Monday, November 3, 2008

Tiada Halangan Hanyalah Peluang





Hari ini saya bersama En. Zabri melawat sebuah rumah burung walit di Paka, Dungun, Terengganu. Kedudukan rumah burung ini agak terpencil. Jauh dari rumah kediaman. Terletak tidak jauh dari sungai Paka dan berada dikawasan kebun. Menurut pemiliknya pembinaan dibuat melalui pembiayaan Bank Islam atas nama pinjaman perumahan. Pembiayaan tidak dapat sepenuhnya kerana tidak dapat CF (sijil layak menduduki) kerana bangunan tiada tingkap untuk keperluan manusia.

Keluasan tanah 1 ekar dengan syarat pertanian. Seperti yang pernah saya jelaskan sebelum ini diatas satu lot tanah pertanian boleh didirikan sebuah rumah kediaman. Pihak bank meluluskan pembiayaan kerana permohonan dikemukakan bersama plan rumah kediaman. Setelah siap pembiayaan diluluskan 80 % sahaja kerana tiada CF. Pemiliknya menjadikan rumah tersebut sebagai rumah kediaman untuk burung walit. Syabash kepada pemilik yang cukup kreatif ini. Sepertimana kata bekas menteri besar Terengganu yang lalu tiada halangan hanya peluang. Walaupun beliau sendiri tiada peluang hanya halangan untuk menjadi menteri besar Terengganu semula. Namun begitu jasanya cukup besar dalam mengubah mindset rakyat Terengganu menjadi kreatif dan inovatif.

Apa tidaknya pemilik bangunan tadi ternyata menggunakan kreativitinya untuk memiliki sebuah rumah burung yang agak besar setanding dengan bangsa lain. Beliau adalah contoh orang melayu yang berwawasan tinggi. Beliau memberitahu tidak pernah mengikuti kursus atau seminar yang berkaitan dengan walit. Pengetahuan yang beliau perolehi hanya melalui perbualan dengan rakan-rakan yang tahu sedikit sebanyak tentang burung walit. Saya rasa bab yang paling kreatif yang ada pada pemilik rumah burung ini ialah cara beliau memperolehi suara memikat burung walit. Menurut cerita beliau, beliau dibawa oleh seorang rakannya untuk meninjau sebuah rumah burung yang cukup meriah dengan kehadiran burung walit di Kelulut Marang, Terengganu. Kagum dengan kehadiran burung disitu beliau membuat rakaman secara haram diluar rumah burung tersebut tanpa mengetahui siapa pemilik rumah burung tersebut. Mungkin tindakan beliau lebih bermaruah daripada penceroboh masuk ke rumah burung En Zabri dan En Ghani yang pernah saya ceritakan dahulu. Semata-mata untuk mencuri suara. Maklumlah rakyat Terengganu yang hebat dengan selogan tiada halangan hanya peluang mendorong pemilik tersebut bertindak sedemikian rupa. Buatlah apa sahaja asalkan matlamat tercapat. Konsep tersebut dikenali sebagai matlamat menghalalkan cara. Mungkin tidak berapa lama lagi beliau akan bergelar jutawan. Tahniah sekali lagi untuk kreativiti anda.

Bila saya menceritakan kepada beliau terdapat sebuah rumah burung diatas Bukit Kelulut, Marang berukuran 40’ X 80’ dengan ketinggian empat (4) tingkat. Dibina dengan menggunakan bata merah dan pernah ditawarkan untuk dibeli denagan harga RM750K bersama keluasan tanah 2 ekar adalah milik En, Zabri MZN Niaga bersama rakannya. Pemilik rumah burung tadi kelihatan terkejut beruk. Kerana itulah rumah burung yang dicuri rakam suara tadi dan digunakan dirumah burungnya sekarang. Walaubagaimana pun En Zabri memaafkan beliau.

Kehadiran saya bersama En Zabri di rumah burung tersebut jam 5.30 petang 27 oktober 2008. Saya agak kagum melihat burung berputar-putar mengeliligi rumah burung tersebut. Kami terus memerhati sehingga jam 7.00 malam. Namun begitu saya tidak nampak seekor pun burung walit masuk kedalamnya. Jka ada pun seekor dua namun tidak sampai 1 minit burung akan keluar balik. Menurut pemiliknya beginilah keadaan yang belaku sejak bulan Mei yng lalu bila beliau start memikat walit disitu.

Kami dipelawa masuk kedalam rumah burung tersebut ternyata rekabentuknya bukan untuk kediaman burung tetapi lebih sesuai untuk kediaman manusia. Mungkin pemiliknya merancang jika projek burung walit gagal beliau boleh ubah sesuai semula rumah tersebut untuk kediaman keluarganya. Tahniah sekali lagi untuk kreativiti ini. Nampaknya awal-awal lagi pemiliknya merangcang untuk sebuah kegagalan. Namun harapan besarnya untuk berjaya. Burung oh burung…. Malangnya nasib ku ini.