Tuesday, August 26, 2008

JANGAN BUANG MASA MENUNGGU DALAM KESILAPAN


Burung oh burung, dimana sahaja orang bercakap soal burung. Bagai gegak gumpita bunyinya pengusaha burung walit diwar-warkan dengan pendapatan yang cukup lumayan. Sebuah rumah burung atas sebuah pasaraya di Kuala Terengganu tahun 2005 sekali pungutan hasilnya 20 KG { Adik ipar saya lihat sendiri). Memandangkan pembiakan populasi burung berganda mungkin hari ini pungutannya dah mencecah 40 KG hingga 80 KG. Masakan tidak jika pemiliknya mampu membeli sebuah bangunan dengan harga RM 5.7 juta dan mengubahsuainya menjadi rumah burung. VVIP juga mula berminat dengan burung. Perkembangan ini cukup menarik untuk difikirkan.

Pembangunan rumah burung di Terengganu berkembang macam cendawan tumbuh dimusim hujan. Bekas YB parti PAS dimaklumkan masing-masing telah memiliki rumah burung. Perkembangan yang mengejutkan YB parti pemerentah (BN) juga telah mula berminat dalam industri ini. Ada yang telah membangunkan bangunan rumah burung 4 tingkat. Ada juga yang membina bungunan kayu untuk rumah burung. Yang lebih terkejut lagi ada yang sanggup mengubahsuai bekas ban tembakau untuk dijadikan rumah burung. Inilah hebatnya orang Terengganu kite ni, walaupun zero pengetahuan tantang rumah burung cukup berani melabur. Ada yang sanggup melabur sehingga RM700,000.00 membina 3 block bangunan. Paling lucu lagi ramai pula yang ambil peluang dalam keghairahan bangsa ku membangunkan rumah burung dengan mengaku jadi konsultan rumah burung. Bila pelabur tanya mengapa begini dan begitu alasan yang konkrit tak dapat diberi. Cuma jawapannya beginlah rumah burung orang buat. Orang pakai suara artifical dia masih lagi pakai CD. Lepas tu bila suaranya tak berkesan untuk memikat walit mulalah mengelabah. Sanggup beli dengan harga mahal suara yang berkualiti walaupun tahu itu suara curi. Suara walit yang digubah Pak Jeff yang saya guna pun pernah ditawarkan dengan harga yang amat tinggi jika saya sanggup menjualnya.

Perkembangan ini cukup membimbangkan aku kerana kuatir akan menjadi backfire kepada pelabur yang lain, jika keghairahan membangunkan rumah burung dan salah mendapat khidmat nasihat konsultan palsu menjadikan rumah burung tersebut gagal. Belum cuba belum tahu bang!. Orang tak cerita tentang masalah dalam rumah burung ini. Cerita yang bagus-bagus sahaja. Ada seorang kawan tu masa dia mula buat rumah burung happy sangat ratus-ratus burung masuk hari pertama panggil. Lepas beberapa bulan lepas tu burung dah mula buat sarang. Ghairah sangat kawan aku ni buat pulak rumah burung lain. Dah hampir 2 tahun yang sebiji tadi tak juga bertambah. Masa tu cakap besar bukan main… entahlah manusia-manusia.

Rezeki Allah boleh bagi kepada siapa yang dikehendakinya dan boleh ditarik bila-bila masa. Walau bagaimana pun Allah suruh kita berikhtiar dan berusaha. Jangan pula kita hanya bersabar menunggu rezeki yang turun dari langit. Bagus sangatke ibadat kita kepada Allah dan mengharapkan keajaipan berlaku keatas rumah burung kita. Menjadi sunnatullah memberi sesuatu itu dengan sebab mesabab. Oleh itu carilah ilmu untuk mengubah keadaan. Atau gunalah talian hayat untuk pastikan rumah burung anda tidak gagal. Apalah salahnya jika anda melabur sedikit untuk talian hayat , asalkan rumah burung anda sukses. Rawatlah segera rumah burung anda jika ianya bermasalah kerana dua tiga tahun yang lalu buat rumah burung macam manapun burung akan masuk bersarang, kerana ketika itu burung mencari rumah. Tetapi hari ini rumah mencari burung. Orang buat hotel 5 bintang kita hanya buat homestay. Lepas tu mimpi nak jadi jutawan. (Artikal di tulis Oleh Blogger jahaniwalit)

Sunday, August 24, 2008

MEMILIH PERUNDING BERPENGALAMAN & BERILMU MENUNTUKAN KEJAYAAN


PERUNDING RUMAH BURUNG WALET

Kuala Terengganu, Fenomena membangunkan rumah burung walet cukup rancak khususnya dikalangan kaum bumiputera. Setiap bulan dua tiga rumah burung walet telah di bangunkan. Situasi ini menarik minat kepimpinan politik samaada kerajaan mahupun pembangkang. Dengan perkembangan ini ramai pula mengambil peluang menggelarkan diri sebagai konsultan walaupun ia sendiri belum memiliki rumah burung atau ia hanyalah tukang yang membina rumah burung. Dengan ini sebgai pelabur kena berhati-hati bila memilih perunding.

Pemilihan perunding yang betul, berpengalaman, berilmu serta terbukti ada kejayaan (memiliki rumah burung sendiri) penting bagi untuk berjaya. Jangan kita hanya memikirkan bayaran yang rendah semata2 untuk memilih tukang atau perunding, adakah berbaloi kiranya pelaburan kita lambat berhasil atau gagal???

Hari ini sudah kedengaran orang melayu ramai yang melibatkan diri dalam penternakan burung walet, tapi ramai juga yang gagal....tak ramai yang berjaya seperti yang sepatutnya, ada yang 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun baru ada sarang tak sampai 10 biji...jadi kita janganlah jadi seperti ini. org kata buat burung kena sabaRRR...betul ke? kalau sabar 3 tahun masih tak boleh jual..kita kena jawab sendiri..inilah padahnya pilih tukang yg buat rumah burung bukanya perunding yg berpengalaman dan ada yang buat sendiri tiru orang buat. fikir-fikirkan lah.

Jangan pandang rendah dengan kepakaran dan pengalaman perunding(konsultan), kerana bayaran yang dikenakan nilainya sedikit berbanding kejayaan dan pendapatan yang bakal kita perolehi. Ini kerana perunding yang betul serta berpengalaman akan berupaya membimbing pelabur untuk merialisasikan peluang untuk menjadi JUTAWAN dari rumah burung. Adakah berbaloi bagi perunding yang mendapat bayaran dari kerja, peralatan, teknologi, kemahiran, ilmu dan pengalaman serta penjagaan sehingga kita dan berpontensi menjadi JUTAWAN dengan bayaran RM20 ribu-RM30 ribu????? kita kena renungkan!!!!!!...

Perunding yang hebat mempunyai rasa tanggungjawab yang cukup tinggi bagi memastikan seseorang pelabur berjaya dengan SUKSES...dan kalau kita ingin melabur janganlah hanya mengharap semuanya akan kita dapat dengan PERCUMA..Nilai pulangan yang kita perolehi dari bayaran peruding tentulah lebih tinggi. Ada perunding yang lebih bertanggungjawab dalam pengendalian pelaburan di mana menawarkan pakej pengelolaan terus dalam masa yang panjang dengan mengambil bayaran melalui perkongsian hasil tuaian yang sedikit berbanding pelabur. Hal ini nampak sekali pandang macam pelabur sedikit kerugian tetapi hakikatnya pelabur beruntung dan bertuah kerana dengan cara ini perunding akan menjaga rumah burung dengan cara yang terbaik bagi memastikan peningkatan hasil, pelabur mendapat bahagian lebih banyak hasilnya tanpa pening kepala memikirkannya. Perunding yang baik akan menguruskannya dari A sehingga Z. Pelabur duduk releks dan goyang kaki sahaja. Pengurusan dan pengelolaan di uruskan oleh perunding.

Bagi mereka yang menghadapi masalah burung lambat bersarang atau burung ramai tapi tak tidur atau burung bersarang tapi tak bertambah... hubungilah kami untuk menyelesaikan masalah anda..019-9341226 (zabri).

Saturday, August 23, 2008

Kegairahan dalam membangunkan rumah burung walit di Terengganu



Pengusaha rumah burung di Plaza Perdana, Kuala Terengganu mendapat pulangan lumayan hasil membudidaya walit. Seorang Peguam memberitahu saya anak guamannya memperolehi pendapatan 60 kg sekali pungutan hasil. Jika harga sarang burung mentah RM5,000.00/kg bermakna pengusaha tersebut mendapat pendapatan RM300,000.00 sebulan (andaikan beliau kutip hasil sebulan sekali) manakala kos operasinya eletrik dan air sahaja (macam tiada overhead kos) . Waduh! sungguh lumayan. Dengan sebab itu kegairahan pembinaan rumah burung walit di Terengganu hari ini sungguh luar biasa sekali. Dikampung saya seorang pengusaha Cina dari Johor berkongsi dengan kawan saya membina rumah burung diatas tanah milik oarang melayu dengan kos RM 300,000.00 . Saiz rumah burungnya ialah 25 X 80 kaki dengan ketinggian 3 tingkat. Ini adalah satu contoh perkongsian pintar dalam industri walit.

Hari ini telah ramai orang faham dan berminat dalam industri burung walit. Namun ramai dikalangan kita yang berhati-hati untuk terjun dalam pelaburan ini. Alangkah indahnya jika pemimpin masyarakat khususnya kepimpinan politik melibatkan diri dalam industri ini. Paling tidak ia boleh jadi pemangkin kepada perjuagan ekonomi orang melayu. Tahniah YB anda bukan hanya cakap tapi buat dan buktikan kepada bangsaku bahawa industri walit bukan hanya milik bangsa cina sahaja.

Namun begitu kegairahan untuk membangunkan rumah burung haruslah berhati hati agar tidak salah dari segi rekabentuknya. Saya banyak diajukan persoalan berhubung dengan rekabentu rumah burung yang hendak dibina. Apakah design yang dibina salah dan sebagainya. Mengapa ada rumah burung dibina menggunakan bumbung (atap ) dan ada yang tidak. Mana satu design yang betul. Saya tak berani nak melabur dalam projek rumah burung kerana risikonya besar. Bagaimana nanti, jika bangunan siap tapi burung tidak datang atau pun burung datang tetapi burung tidak menginap, burung menginap tetapi tidak membuat sarang .


Sebagai contoh kedua dua rumah burung diatas terletak pada jarak yang tidak sampai 3 kilometer diantara satu dengan lain.Keduanya mempunyai reka bentuk yang berbeza. Mungkin keduanya mendapat khidmat nasihat yang berbeza. Membina rumah burung tidak semudah yang disangka sebenarnya. Ia memerlukan kepakaran dari segi rekabentuk dalaman dan juga luaran. Jangan duplicate design rumah burung yang bersaiz besar dengan rekabentuk yang sama bila kita membangunkan rumah burung yang bersaiz lebih kecil. Mungkin tukang yang anda upah adalah tukang bangunan tetapi bukan pakar dalam bidang pembinaan rumah burung walit. Kesilapan dalam membuat rekabentuk luaran dan dalaman akan memberi kesan yang berbeza. Suhu dan kelembapan lebih sukar dikawal dalam rumah burung yang bersaiz kecil. Begitu juga soal ventilasi. Lubang antara lantai dan sebagainya.

Bagi mereka yang arif tentu dapat membezakan kedua design diatas yang mana yang akan berhasil dan yang mana akan gagal. Tanyalah tukang rumah anda, saya pasti jawapannya beginilah aku lihat rumah burung orang. Apakah itu memuaskan hati anda sebagai pelabur. Tentu tidak bukan?. Jika pakar pasti setiap design yang dibuatnya ada alasannya. Mengapa begitu dan begini. Seeloknya sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam industri burung carilah pakar, pastikan dahulu ujian lokasi dilaksanakan dengan baik. Lihat arus terbang burung yang melalui kawasan tersebut. Kaji juga aliran angin dan pencahayaan kawsan tersebut. Berbagai lagi perkara yang ada kaitan dengan mikro habitat burung walit. Ketinggian bangunan juga perlu diambil kira jika bangunan anda diatas bukit, perlukah rekabentuk rumah walit anda begitu tinggi hinggakan anda mengeluarkan modal yang besar.

Jika anda mempunyai ilmu tak perlulah guna khidmat pakar habiskan duit aje!. Oleh itu carilah ilmu terlebih dahulu. Hadiri kursus dan seminar walaupun perbelanjaannya mahal. Jangan kedekut nak belanja duit tetapi inginkan hasil yang lumayan. Orang lain habiskan duit untuk dapat ilmu kita nak dengan percuma. Dalam bisnes tiada yang percuma kawan. Fikir-fikirkanlah. (Artikal di tulis oleh blogger www.jahaniwalit.com)

Lawatan VVIP Ke Lokasi Rumah Burung Walit Kelolaan SMI di Serada





Kuala Terengganu 17 Ogos 2008 Swiflet Management Industry hari ini telah menerima kunjungan lawatan tidak rasmi daripada YBM Dato’ Tengku Putera Bin Tengku Awang Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu ke lokasi salah sebuah rumah burung walit yang di kelolakan oleh pihak SMI. Lokasi terletak di atas tanah pertanian di Serada Marang Terengganu, rumah burung walit kelolaan SMI tersebut yang 98% siap dijangka akan mula beroperasi sebelum Ramadhan ini.
YBM Dato’ Tengku Putera Tengku Awang sebenarnya telah mengetahui akan potensi industri penternakan burung walit sejak tahun 1995, hasrat YBM Dato’ pada waktu itu untuk di ketengahkan kepada pihak Kerajaan Negeri dengan tujuan membantu menjana ekonomi kaum bumiputera namun begitu usaha tersebut tidak dapat di realisasikan kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Tambah lagi pada waktu itu di Terengganu industri walit masih terlalu asing untuk di perbincangkan apatah lagi untuk diceburi, ini mengakibatkan YBM Dato’ terpaksa mengenepikan dulu hasrat tersebut, tambah lagi pada waktu itu YBM Dato’ telahpun di pilih menjadi seorang wakil rakyat yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu tentu sekali YBM Dato’ akan lebih mengutamakan kepada sesuatu projek industri yang lebih jelas menjanjikan keuntungan berpandukan kepada prospek ekonomi semasa demi tanggung jawab untuk menjaga kepentingan rakyat yang di amanahkan.
Namun pada hari ini dengan segala apa yang sudah jelas terbukti di depan mata akan betapa besarnya potensi industri penternakan walit di Negara Malaysia. Penglibatan dan minat YBM Tengku Putera Tengku Awang dalam industri ini pasti dapat membuka minda masyarakat bumiputera khususnya penduduk Hulu Terengganu untuk meneroka industri baru ini. Penduduk Hulu Terengganu sangat beruntung mempunyai pemimpin yang peka dan kreatif bagi membangunkan ekonomi bangsa selaras dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia. Sebelum ini YB Saudara Rozi Bin Mamat Exco Pertanian Negeri Terengganu juga telah menyeru masyarakat bumiputera supaya membuka minda dan turut terlibat dalam industri yang sangat berpotensi ini. Adalah diharapkan cetusan idea dan wawasan kedua-dua pemimpin ini mampu merealisakan Hulu Terengganu menjadi pusat pengeluaran sarang burung walit yang utama di Malaysia.
Oleh kerana Tasik Kenyir merupakan lautan kedua bagi burung walit yang berulang alik dari kepulauan di persisiran pantai maka Tasik Kenyir adalah lokasi yang sangat strategik untuk dibangunkan industri walit. Oleh kerana “bird Nest” sangat popular sehingga stadium olimpik pun menggunakan nama bird nest stadium, maka tidak mustahil industri walit boleh dibangunkan berkonsepkan eko pelancongan. Hulu Terengganu khususnya di Tasik Kenyir boleh dibangunkan sebuah eko pelancongan untuk industri walit atau ‘Kenyir Eco Walit Park’ untuk tujuan berkenaan.
Pihak SMI mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBM Dato’ Tengku Putera Bin Tengku Awang kerana sudi datang berkunjung ke rumah burung walit kelolaan kami, Insyaallah pihak SMI bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dalam merialisasikan hasrat YBM Dato' meningkatkan ekonomi orang melayu dan menjadikan projek burung walit berjaya dengan cemerlang. Dan kami akan membuat kunjungan balas ke ‘Rumah Burung Walit’ milik "anak buah" YBM Dato’ yang di beritakan sudah hampir siap terletak di satu lokasi tanah pertanian di dalam daerah Hulu Terengganu. (Artikal ditulis oleh Pak Jeff)

Thursday, August 14, 2008

‘Bird Nest Stadium’. Tingginya status industri burung walit


Rakyat Negara China dengan kepakaran kesenian senibinanya telah mempertontonkan kepada masyarakat seluruh dunia betapa kegemilangan acara sukan Olympic pada kali ini dengan memertabatkan akan ketinggian Nilai serta penghasilan Mutu yang di terjemahkan secara cukup simbolik dengan pembinaan Stadium National yang berbentuk ‘Sarang Burung Walit’.
Stadium National yang dapat memuatkan 91,000 tempat duduk ini terletak diatas keluasan tanah 851,400 kaki persegi merupakan gelanggang bagi perebutan pingat athlit2 sukan olympic 2008.
a). Pembinaan Tapak Stadium National Bermula pada 24/12/2003b). Permulaan Pembinaan Struktur Stadium pada March 2004c). Stadium ini siap sepenuhnya dibina pada May 2008d). Kos pembinaan National Stadium USD531 Million = RM1.76 BillionStadium National ini lebih di kenali dengan nama ‘Bird Nest Stadium’.
Sumber Maklumat di perolehi daripada pembiaya kewangan (finance) :-The China International Trust and Investment Corporation (CITIC)

Saya cukup bangga terlibat dalam industri walet ini kerana sebuah negara maju cukup mengiktirafnya dan menamakan stedium tempat berlangsung sukan olimpik dengan "Bird Nest Stedium" dan salah satu maskotnya ialah burung layang-layang. Jadi janganlah kita berasa malu untuk mengaku sebagai usahawan burung layang-layang.

Wednesday, August 13, 2008

PARADIGMA BARU STRATIGI DALAM INDUSTRI WALET

Paradigma Baru Strategi Bisnis ialah cara pandang kita selama ini terhadap strategi untuk berjaya dalam persaingan bayak bergantung kepada strategi mengurangkan kos pengeluaran dalam persaingan pada ruang pasaran yang sama. Jika kos pengeluaran kita efektif maka mampulah kita bersaing dalam perniagaan tersebut.
W. Chan Kim dan Renee Mauborgne melalui bukunya Blue Ocean Strategy terbitan Harvard Business Press, 2005 menyatakan bahawa persaingan dalam pasaran yang sama bukan lah satu kaedah untuk berjaya dalam bisnes tetapi perlu mewujudkan perniagaan bagi memasuki ruang pasaran yang baru dengan industri baru dengan kaedah yang baru (rule of game baru) Persaingan pada sebuah industri dengan cara memperebutkan pasaran yang sudah sedia ada dengan cara saling “membunuh” antara pemain (zero-sum-game) adalah paradigma bisnis lama yang tidak menjamin kelansungan bisnes tersebut strategi begini juga disebut sebagai red-ocean strategy.
Dalam industri burung walit konsep Blue Ocean Strategy dilaksanakan kerana dalam industri pemain baru tidak perlu bersaing dalam pasaran kerana pengeluaran produk yang sama dan pasaran untuk produk ini telah tersedia ada dan tidak mencukupi dalam pasaran. Untuk industri lain pengeluaran produknya perlu meningkatkan kualiti dengan berbagai inovasi untuk mengalahkan pesaing malah sehingga membunuh bisnes pesaing. Perang inovasi dan perbezaan produk, kualiti, harga, promosi, keberkesanan, pengurangan kos, pengstrukturan semula organisasi dan perang bisnes lainnya dalam dalam bidang yang sama (killing field) berlaku terus-menerus untuk menghasilkan pemenang diatas kekalahan para pesaingnya. Mereka yang kalah, lantas melakukan sejumlah langkah-langkah strategis yang diperlukan untuk berupaya mengambil alih pasaran yang sama, demikian seterusnya. Keadaan ini ini tidak berlaku dalam industri burung walit.
Swiflet Management Industry dengan salah seorang rakan kongsinya iaitu En Mohd Zabri Nawang (0199341226) turut merupakan pemain dalam industri ini telah melaksanakan analisis persekitaran lantas membentuk strategik planning bagi mencapai objektif dalam melaksanakan misi dan visi. Sebagai perunding dalam industri ini SMI menubuhkan pasukan R&D yang terdiri dari pakar Universiti Kolej tempatan. Matlamatnya untuk membaik pulih rumah-rumah burung yang gagal. Membangunkan gaget-gajet baru dalam industri ini seperti suara artficial, aroma dan sistem automasi yang pintar dalam membangunkan sesebuah rumah burung yan efektif. Selain membaik pulih rumah burung yang gagal SMI juga membangunkan rumah burung sediri untuk penghasilan produk sarang burung (Artikal oleh blogger jahaniwalit)

PROJEK ANTARA 2 DARJAT





Projek ternakan melibatkan kos pemakanan. 60% daripada kos operasi perusahaan ternakan ialah kos makanan.Ramai juga penternak yang terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu menanggung kenaikan kos makanan. Keadaan ini amat berbeza dengan ternakan walit yang tidak langsung terlibat dengan kos makanan. Saya pernah diperlekehkan kerana mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan projek ternakan burung walit untuk PPRT. Kata mereka projek kambing kaprima lagi bagus untuk gulungan ini. Ada juga yang mencadangkan projek pertanian atau ternakan ikan dalam sangkar. Bukan sedikit bajet yang diperuntukkan . Namun gulungan PPRT tidak juga terkeluar dari garis kemiskinan. Bukan semua tak berjaya ada juga yang berjaya. Tetapi yang tidak berjaya lebih ramai lagi. Tujuan saya kemukakan cadangan tersebut supaya kerajaan terlibat dalam industri ternakan walit. Sekiranya kerajaan terlibat dengan industri walit ini paling tidak kepakaran dan teknologi boleh dikembangkan. Kerajaan boleh adakan dana untuk penyelidikan dan R&D dan sebagainya. Projek ini tidak lagi menjadi rahsia bagi satu kaum sahaja. Ianya boleh dijadikan model untuk penduduk luar bandar yang mempunyai tanah dan modal untuk terlibat dalam industri ini. Paling tidak pun boleh dijadikan projek usaha sama diatara kaum cina yang mempunyai modal dan orang melayu diluar bandar yang mempunyai tanah. Memindahkan industri ini kekawasan luar bandar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Apalah salahnya jika kerajaan keluarkan sedikit belanja untuk untuk gulungan PPRT jika projek tersebut berjaya ia boleh dijadikan model bagi orang lain. Jika kerajaan terlibat banyak isu yang berbangkit mengenai burung ini boleh selesai.
Ramai diantara kita khususnya masyarakat luar bandar tidak ada pengetahuan dalam bidang ini menyebabkan mereka takut untuk melabur. Membina rumah burung tidak semudah yang disangka. Membina rumah burung tidak semudah membina reban ayam atau rumah kambing. Ramai tukang boleh buat rumah burung malah ada yang bekerja sebagai tukang rumah burung pun. Namun begitu projek yang dibuat masih juga gagal. Bila nak buat rumah burung banyak persoalan yang perlu dijawab seperti apakah perlu halangan atau penghadang dari lubang masuk ke nesting room. Dimanakah lokasi yang sesuai untuk dibina lubang masuk. Berapa pula saiznya. Bagaimana untuk menyediakan lubang diantara lantai dan dimana kedudukannya. Apakah dalam rumah burung memerlukan aroma. Apakah jenis-jenis aroma yang diperlukan. Dimana tempat untuk mendapatkan aroma tersebut. Perlukah disediakan longkang air atau kolam dalam rumah burung. Dimanakah peralatan rumah burung hendak dibeli. Suara bagai mana paling sesuai untuk sesebuah rumah burung.
Semuanya ini dapat dijawab melalui penyelidikan. Setiap penyelidikan memerlukan belanja yang besar. Oleh itu tidak ramai pakar yang bersedia memberikan ilmunya dengan percuma. Apatah lagi zaman sekarang semuanya mahal. Yuran untuk menghadiri seminar pun hampir RM 2,000.00 apatah lagi untuk buat penyelidikan bagi memastikan kejayaan. Buat rumah burung bukan kaedah try and error sebab ia melibatkan pelaburan. Orang buat dengan kaedah yang betul 3-6 bulan burung dah mula bersarang. Kita yang buat tanpa ilmu. 1 tahun menunggu, 2 tahun menunggu, 3 tahun menunggu, 4 tahun menunggu. Bayangkanlah jika 1 tahun yang berjaya dah dapat 2kg, tahun kedua 4kg, tahun ketiga 8kg dan tahun ke4 dah dapat 16 kg. Dalam masa 4 tahun dah dapat 60kg. Maknanya dalam masa 4 tahun dah dapat 30kgXRM5,000/kg bersamaan dengan RM150,000.00. Walau bagaimana pun ianya bergantung kepada saiz bangunan dan lokasi. Kita yang buat dengan cara yang salah tadi masih lagi menunngu dengan sabar. Apakah kita sayang nak bayar sedikit wang kepada pakar yang benar-benar mengetahui tentang burung ini dengan pendapatan sebanyak itu berbanding bersabar dalam kesilapan. Fikir-fikirkan lah. (Artikal oleh Blogger jahaniwalit)

Sunday, August 10, 2008

Adakah permintaan pasaran sarang burung walit akan jatuh


Apabila zaman berubah dunia pun berubah, struktur ekonomi juga akan berubah. Sarang burung bukan lagi makanan golongan bangsawan sahaja tetapi turut menjadi makanan rakyat biasa dan orang-orang yang berkemampuan. Melalui perbincangan saya dengan Pak Handoko seorang pembudidaya walet dan pengeksport dari Jakarta. Dahulu ketika tahun 1991 harga 2 KG sarang burung di Hong Kong adalah menyamai nilai 1 KG emas. Tetapi sekarang tidak lagi kerana harganya semakin murah. Tetapi permintaanya tetap tidak jatuh. Kerana ramai pengguna yang mampu menggunakannya, Terutamanya masyarakat Cina. Pemakan sarang burung yang utama adalah masyarakat Cina yang bertaburan diseluruh pelusuk dunia yang berjumlah kira-kira 1.5 billion. Oleh itu permintaan datang dari negara China, Hong Kong, Jepun, Taiwan, USA dan juga negara Eropah. Negara-negara lain yang terdapat masyarakat cina atau wujudnya China Town turut mewujudkan permintaan untuk sarang burung ini.
Negara pengeluar sarang burung terdiri negara yang berada didalam jajaran kepulauan Andaman hingga ke Filifina. Malaysia dan Indonesia adalah negara pengeluar utama.
Perlu diingat bahawa sarang burung walit bukan hanya sekadar bahan ubatan tetapi sebagai makanan tambahan. Masyarakat cina percaya bahawa sarang burung mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi pemangkin kepada pertumbujan sel dan kulit.
Negara pengeluar utama sarang burung adalah Malaysia dan Indonesia belum mampu memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat. Pengeluaran Malaysia dan Indonesia hanyalah hanya mampu 20%-30% permintaan dalam pasaran dunia. 70% - 80% lagi keperluan pengguna belum mampu dipenuhi oleh pengeluar yang ada pada masa. Oleh yang demikian potensi pasarannya sangat besar.
Pertumbuhan ekonomi yang pesat meningkatkan lagi permintaan pasaran sarang burung . Permintaan Akan terus meningkat bila orang Eropah dan Arab telah mula makan sarang burung.Janganlah risau tentang pasaran kerana ia akan tetap terjamin. Jika harga sarang burung mentah dalam pasaran jatuh sekali pun dari RM4000 - RM5000 /KG di Malaysia pengusaha tidak akan rugi lagi kerana pengeluar tidak memerlukan overhead kos untuk mengeluarkan sarang burung. Kerana inilah industri yang pelaburan modal hanya sekali dan hampir tiada overhead kos dan ianya boleh diwarisi hinga ke anak cucu. Berapa banyak pendapatan dan sarang burung yang di perolehi, kita hanya perlu bayar bil elektrik dan air saja. kalau kita dapat 3 kg (RM 12 ribu) sebulan kita hanya bayar bil RM 50.00 saja

Masalah rumah burung di bandar pendekatan win-win situation

2006 sebuah parti politik di Malaysia yang mendaftar rumah burung milik ahli-ahli parti berkenaan. Sebanyak 50,000 premis telah diubah suai menjadi rumah burung. Dalam satu perjumpaan pemimpin parti politik di Kuala Terengganu, seorang Dato’ mencadangkan supaya rakan- rakannya membina rumah burung sebagai sebagai sumber ekonomi baru mereka. Dato’, ini terkejut bila rakan-rakannya memaklumkan bahawa Dato’ telah ketinggalan kerana sebahagian mereka yang hadir telah pun memiliki rumah burung. Seorang Dato’ memberitahu rakannya seorang kontraktor Melayu yang secara kebetulan memiliki juga rumah warisan di Kampong China, Kuala Terengganu. Dato’ itu yang cukup dikenali di Kuala Terrngganu yang juga bekas exco mempunyai rumah burung bersebelahan rumah warisan kontraktor tadi mempunyai hasil rumah burung bernilai sebuah perdana V6 setiap bulan. Seorang Dato, yang dikenali di Besut juga memiliki rumah burung yang dikongsi bersama rakannya berbangsa cina di bandar Jertih. Saya dimaklumkan oleh seorang rakan arkitek berbangsa cina bahawa seorang Dato, di Terengganu mempunyai 100 sarang. Saya pada mulanya faham pendapatan Dato’ ini 100 kg sebulan. Andaian saya salah, bukan 100 kg sebulan tetapi Dato’ tersebut mempunyai 100 buah rumah burung walit.
Dalam seminggu dua ini isu rumah burung menjadi hangat di Bandaraya Warisan Persisir Air, Kuala Terengganu. Berikutan naiknya kain rentang di jalan Tok Lam yang yang kecewa kerana konongnya Majlis Bandaraya gagal mengambil tindakan terhadap pengusaha burung.Riyuh rendah dibuatnya, masuk surat khabar masuk TV dan bebagainya. Peniaga bersebelahan premis rumah burung tadi mendakwa perniagaanya merosok kerana ganguan bunyi dan najis burung yang konongnya membawa wabak penyakit selsema burung. Akibat daripada ketegangan tersebut saya dapati suara memanggil burung telah diperlahankan. Pihak berkuasa mula bertegas dan difahamkan akan mengambil tindakan terhadap pengusaha rumah burung tersebut.
Mungkinkah masalah diatas boleh diselesaikan melalui win-win situation. Dimana pengusaha rumah burung tidak kerugian dan masalah ganguan sosial dapat diatasi. Manakala pihak berkuasa mendapat sumber pendapatan baru. Penyelesaiannya tidaklah terlalu sukar dan dapat diatasi bila mana pihak berkuasa mengambil pendekatan yang proaktif dengan mengeluarkan lesen atau permit kepada pengusaha dengan bersyarat. Pertama suara memanggil hendaklah dari jenis yang tidak dapat didengar oleh manusia. Lubang masuk hendaklah ditengah-tengah bumbung bangunan bukannya disisi bangunan. Dengan itu kawasan burung berlegar diatas atap bangunan dan suara memanggil burung tidak akan kedengaran dari bawah. Kedua kerajaan atau pihak-pihak tertentu menyediakan tanah atau bangunan untuk dijual kepada pengusaha supaya dapat memindahkan operasi rumah burung kekawasan luar bandar atau kawasan pertanian. Seharusnya pihak pihak yang mempunyai tanah dan modal seperti badan-badan koperasi mengambil peluang dari isu ini bagi menjana pendapatan. Payah-payah sangat mana-mana majlis daerah yang tidak mempunyai sumber pendapatan libatkan sama dalam industri yang cukup berpotensi ini dengan mejalankan sendiri industri rumah burung di bangunan miliknya. Saya yakin jika pihak kerajaan terlibat industri walit mampu menjadi sumber ekonomi baru kepada negeri dan negara.

Buletin Online diberitahu, seramai 19 orang peniaga di Jalan Tok Lam tersebut terpaksa menanggung kerugian besar setelah mereka mendakwa ‘kehilangan’

Kuala Terengganu – 080808 Sebuah blog melapurkan “ Aduan demi aduan dibuat oleh penduduk berkenaan kepada Pegawai Penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Jabatan Kesihatan serta wakil rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Toh Chin Yaw yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri Terengganu. Namun, pihak berkuasa tempatan didakwa sengaja ‘membutakan mata dan menutup telinga’ terhadap aduan penduduk di Jalan Tok Lam yang menghadapi masalah akibat gangguan beribu-ribu ekor burung layang-layang.

Namun, pihak berkuasa tempatan didakwa sengaja ‘membutakan mata dan menutup telinga’ terhadap aduan penduduk di Jalan Tok Lam yang menghadapi masalah akibat gangguan beribu-ribu ekor burung layang-layang. Tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap masalah yang timbul dari aktiviti penternakan burung ‘walit’ (layang-layang) yang giat dilakukan orang beberapa pengusaha serta ‘taukeh’ sarang burung tersebut sejak lima tahun lalu.Masalah gangguan bunyi bising dan pencemaran najis burung yang berbau busuk telah menjejaskan tahap kesihatan penghuni terbabit.”


Apakah benar dakwaan diatas. Apakah bunyi burung walit lebih bising dari bunyi kenderaan yang mengaung siang dan malam. Apakah najis burung walit terlalu banyak dilepaskan dimerata tempat hingga mencemarkan persekitarannya. Adakah terdapat bukti burung walit membawa penyakit seperti yang didakwa. Atau pengadu hanya cemburu dan iri hati kepada pengusaha burung.

Burung walit adalah sejenis burung yang cukup istimewa. Ia membawa sumber kekayaan kepada mereka yang mengusahakannya. Bukan calang-calang kekayaan malah pengusahanya bakal menjadi jutawan. Penduduk sekitar seharusnya berterima kasih kepada pengusaha burung walit. Kerana dengan adanya burung walit di kawasan bandar maka spesis burung layang-layang sampah yang membuat sarang di coreng atap telah hilang dari kawasan. Jika tidak kaki lima bangunan dicemari oleh najis burung layang-layang sampah ini. Burung walit membuat roving sebelum masuk ke rumahnya. Jika terlepas najisnya pun tidaklah terlalu banyak berbanding dengan jumlah koloninya. Jika semua najisnya dibuang diluar rumah pasti kereta pengadu telah tenggelam oleh najis burung.

Saya tidak percaya pihak berkuasa tempatan sengaja ‘membutakan mata dan menutup telinga’terhadap masalah yang dihadapi. Pastinya pihak berkuasa telah memikirkan cara-cara yang terbaik mengatasinya supaya ianya dapat menguntungkan kedua-dua pihak, termasuk kerajaan juga. Langkah mengenalpasti kawasan diluar bandar sepertimana yang dibuat oleh kerajaan Terengganu adalah suatu langkah yang baik.

Thursday, August 7, 2008

Impian pelabur untuk membangunkan sebuah rumah burung yang sukses


Membangunkan rumah burung yang sukses adalah impian semua pelabur. Tetapi bagaimana anda boleh membinanya tanpa ilmu yang mencukupi. Apakah teknologi yang akan digunakan. Bagaimana pula design rumah burung yang terbaik. Bagaimana memilih material yang akan digunakan. Aroma apa yang akan digunakan. Suara memanggil bagaimana yang berkesan. Sukar untuk membuat keputusan. Nak serah pada konsultan ramai pula yang mengaku jadi konsultan. Jadi tukang rumah ambil upah buat satu dua rumah burung dah mengaku jadi konsultan. Bila ditanya awak dah ada rumah burung sendiri ke. Jawabnya belum ada tapi banyak rumah burung orang saya dah buat. Setengah tu pula baru buat sebuah rumah burung dah mengaku jadi konsultan. Pening juga dibuatnya, tanya konsultan yang lain, jawapannya lain pula. Beranikah anda mempertaruhkan nasib dengan konsultan yang begini.
Mengapa suara yang berkesan pada sebuah rumah burung tetapi tidak berkesan dirumah burung yang lain ditempat lain. Suara yang berkualiti pun jika tersalah pasang sistem audio menjadi tidak berkesan.. Konsultan yang baik tahu membezakan antara sistem mono atau streo. Pemasangan tweeter supaya bunyi menjadi life atau right. Bunyi burung mengambat bersautan boleh dibangunkan melalui pemasangan sistem yang betul. Memasang tweeter yang betul supaya burung dapat dielak atau dipandu masuk ke nesting room. Tuning suara kena betul, kerana silap tuning suara yang berkualiti pun akan jadi suara tidak berkualiti. Justeru itu pemilihan suara penting. Suara rakaman atau suara artificial yang hendak digunakan. Mampuke anda bersaing dikawasan cetra walit dengan rumah burung yang berjaya sekiranya anda pemain yang baru. Cabarannya cukup hebat sekali. Sekiranya suara yang anda gunakan tidak lebih baik daripada suara yang sedia ada pasti rumah burung anda akan kosong. Kerana suara mempengaruhi 60 % kejayaan rumah burung. 40 % lagi adalah kondisi dalaman yang menghampiri kondisi habitat asal burung walit yang menghuni digua-gua.
Mana lebih berkesan suara artificial atau suara rakaman. Suara artificial adalah suara buatan yang daripada suara asli (rakaman) dan suara tiruan. Kebanyakan rumah burung kami di Terengganu menggunakan suara artificial. Ianya terbukti berkesan. Itu pun jika kondisi dalaman sesuai untuk burung walit. Kondisi yang sesuai bergantung kepada ventilation, suhu , kelembapan, lubang antara lantai dan juga pencahayaan dalam rumah burung

KEJAYAAN SEMINAR STRATIGI JITU MEMIKAT WALET DI PONTIANAK